Senarai PPV Untuk Vaksinasi Walk In Selepas 22 Ogos Terbuka Untuk Warganegara Di Lembah Klang

Pemberian vaksin menggunakan pendekatan ‘walk in’ atau secara terus di sekitar Lembah Klang kini telah berkuat kuasa mulai 2 Ogos. Keutamaan pemberian vaksin akan diberikan kepada individu berusia 40 tahun ke atas dan yang mempunyai komorbiditi.

Pemberian vaksin secara walk in akan dibuka secara berperingkat mengikut jenis golongan. Orang ramai yang belum dapat tarikh vaksinasi melalui MySejahtera boleh terus walk in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang telah dinyatakan menyediakan perkhidmatan vaksinasi secara walk in selepas 22 Ogos 2021.

Semak senarai PPV dan panduan walk in untuk dapatkan vaksinasi di sekitar Lembah Klang selepas 22 Ogos 2021.

SENARAI PPV UNTUK VAKSINASI WALK IN DI LEMBAH KLANG

Berikut adalah senarai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk vaksinasi secara walk in bagi warganegara:

Bermula 23 Ogos 2021

  • KL Convention Centre (KLCC) – HCO F, G dan H
  • Axiata Arena Bukit Jalil – A, B
  • Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam – HCO B
  • Bangi Avenue Convention Centre (BACC)
  • Hotel Wyndham Acmar Klang
  • Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya
  • Stadium Tertutup Kuala Selangor
  • Dewan Seri Bernam, Sabah Bernam
  • Dewan Kompleks Sukan Majlis
  • Perbadanan Kuala Langat

Bermula 25 Ogos 2021

  • Le Pavilion Gamuda Garden Gombak
  • Bukit Beruntung Golf Resort

Bermula 26 Ogos 2021

  • Galaxy Mall Ampang
  • Universiti Multimedia, Cyberjaya

PANDUAN VASINASI WALK IN

Berikut adalah beberapa maklumat penting untuk dapatkan vakasinasi secara walk in di Lembah Klang:

  • Sila bawa bukti pemastautin anda di Lembah Klang seperti kad kerja, bil utiliti atau sebarang dokumen lain yang berkaitan
  • Walk in untuk penduduk di negeri lain diteruskan seperti biasa dan bergantung kepada negeri masing-masing
  • Warganegara Malaysia yang terlepas suntikan dos kedua boleh pergi ke mana-mana PPV yang disenaraikan
    – Sekiranya PPV tersebut tidak menawarkan vaksin dari jenis yang sama dengan dos 1 mereka, mereka akan dirujuk ke PPV yang lain

Untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan vakasinasi Covid-19 di Malaysia, anda boleh rujuk di laman web rasmi vaksincovid.gov.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma