Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Mohon Bantuan Perubatan & Kesihatan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ)

Oleh Cikgu Shaari • August 20, 2021 • 2 min baca

Mohon Bantuan Perubatan & Kesihatan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ)
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor menawarkan bantuan melibatkan ubat-ubatan dan bantuan peralatan kepada rakyat Negeri Johor yang merupakan pesakit kanser. Antara objektif utama penubuhan YKTLJ ialah bagi memberi bantuan, pertolongan serta perawatan kepada pesakit kanser dan juga keluarga mereka.

Kumpulan sasar untuk menerima bantuan YKTLJ adalah daripada mereka yang kurang berkemampuan. Kos untuk merawat pesakit-pesakit kanser amat tinggi dan ia melibatkan ubat-ubatan dan kos rawatan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan cara mendapatkan manfaat bantuan.

BANTUAN DITAWARKAN

Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor menawarkan bantuan dalam bentuk:

  • Bantuan perubatan
  • Bantuan peralatan
  • Susu berkeperluan khas
  • Ujian imbasan Pet
  • Bantuan tambang ke hospital

LOKASI HOSPITAL

Berikut adalah senarai hospital yang terlibat dalam permohonan tawaran bantuan YKTLJ di negeri Johor:

  • Hospital Pakar Sultanah Aminah, Muar.
  • Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.
  • Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
  • Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan bagi mohon jawatan ditawarkan adalah:

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Johor.
  • Mempunyai rekod rawatan di 4 hospital terpilih.
  • Pemohon mempunyai kekangan kewangan.
  • Tidak menerima bantuan daripada jabatan kerajaan, NGO atau majikan.
  • Bukan kakitangan atau bekas kakitangan kerajaan.
  • Mendapat kelulusan daripada Jabatan Kerja Sosial Perubatan.
  • Mendapat kelulusan daripada YKTLJ sebelum rawatan dijalankan.

CARA MOHON

Pesakit yang memerlukan bantuan ditawarkan boleh buat permohonan dengan ikut panduan berikut:

  1. Maklumkan kepada soktor yang merawat dan maklumat pesakit dihantar kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP)
  2. JKSP akan menerima rujukan doktor dan menetapkan tarikh temu janji bersama pesakit serta memaklumkan senarai dokumen yang perlu di bawah ketika janji temu
  3. Pesakit dikehendaki hadir pada sesi janji temu di JKSP bersama dokumen sokongan yang diperlukan dan temu bual dijalankan bersama pesakit dan waris
  4. JKSP akan menghantar permohonan yang layak dan lengkap kepada YKTLJ untuk diproses.
  5. JKSP akan menghubungi pesakit apabila permohonan diluluskan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan yang ditawarkan, anda boleh terus ke laman web https://tljcf.org/.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.