Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Syarat CGPA Yang Layak Dapat Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Mengikut Universiti

Oleh Cikgu Shaari • July 28, 2022 • 2 min baca

Syarat CGPA Yang Layak Dapat Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Mengikut Universiti
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Peminjam pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh tukarkan pinjaman menjadi biasiswa, tak perlu bayar balik! Bagi graduan dari lepasan Ijazah Sarjana Muda yang telah bergraduat dan hendak membuat permohonan Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN, salah satu syaratnya adalah mendapatkan keputusan cemerlang.

Keputusan cemerlang yang diterima adalah dikategorikan pada peringkat IJAZAH KELAS PERTAMA. Kadar CGPA bagi peringkat Ijazah Kelas Pertama setiap universiti adalah berbeza-beza.

Anda boleh lihat syarat kelayakan CGPA untuk mendapatkan Ijazah Kelas Pertama setiap universiti di perkongsian bawah bagi memohon pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN.

SYARAT PENGECUALIAN BAYARAN BALIK

Antara syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman:

  • Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa;
  • Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
  • Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
  • Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
  • Kursus/ Program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan;
  • Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen; dan
  • Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik (terpakai kepada peminjam yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2019).

CGPA/ PNGK YANG DIKELASKAN PERINGKAT IJAZAH KELAS PERTAMA

Berikut adalah senarai kelayakan CGPA/PNGK di peringkat Ijazah Kelas Pertama bagi setiap universiti:

  • CGPA 3.5 dan ke atas:
    – UIAM
    – UITM
  • CGPA 3.67 dan ke atas
    – UTM
    – UKM
    – UUM
    – USIM
    – UNISZA
    – USIM
    – USM
    – UMS
    – UNIMAP
    – UMP
  • CGPA 3.7 dan ke atas
    – UM
    – UPSI
    – UTHM
    -UMT
  • CGPA 3.75 dan ke atas
    – UPM
    – UMK
    – UTEM
    – UNIMAS

CARA MOHON PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN

Peminjam yang telah tamat pengajian dan mendapat Ijazah Kelas Pertama, iaitu CGPA yang layak mengikut jenis universiti boleh buat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.

Permohonan boleh dibuat secara online di portal PTPTN berikut:

Anda boleh semak No. Pinjaman PTPTN anda untuk log masuk ke laman permohonan. Untuk dapatkan nombor pinjaman rujuk di bawah:

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen- dokumen berikut:

Syarat CGPA Yang Layak Dapat Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Mengikut Jenis Universiti Syarat CGPA Yang Layak Dapat Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Mengikut Jenis Universiti

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh berkunjung ke kaunter PTPTN berdekatan dan perlu buat janji temu online PTPTN terlebih dahulu. Anda juga boleh hubungi talian 03 2193 3000.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.