Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Cara Buat Janji Temu Online Bank Rakyat Untuk Urusan Di Kaunter Lebih Cepat & Mudah

Oleh Cikgu Shaari • August 17, 2021 • 2 min baca

Cara Buat Janji Temu Online Bank Rakyat Untuk Urusan Di Kaunter Lebih Cepat & Mudah
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Anda perlu berurusan di kaunter Bank Rakyat? Bank Rakyat kini menyediakan kemudahan untuk pelanggan membuat janji temu secara online sebelum hadir ke kaunter Bank Rakyat secara fizikal. Lebih mudah dan cepat urusan anda selepas ini, pastikan anda buat janji temu dulu sebelum ke kaunter!

Langkah ini juga adalah bagi mengurangkan kesesakan pelanggan di cawangan Bank Rakyat sekaligus mengekang penularan wabak Covid-19. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak terus hadir ke kaunter Bank Rakyat tanpa temu janji.

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan membuat janji temu Bank Rakyat secara online.

JENIS PERKHIDMATAN BANK RAKYAT

Pelanggan boleh buat e-Janji Temu Online Bank Rakyat untuk urusan perkhidmatan berikut:

  • Pembukaan akaun baru
  • Pengeluaran/ Simpanan
  • Penghantaran wang (IBG/ Rentas/ Remittance)
  • Perkhidmatan Tabung Haji
  • Permohonan Pembiayaan-i
  • Permohonan Penyata Akaun
  • Penggantian Kad-Debit-i
  • Susulan Kredit (Bayaran Ansuran/ Perundingan)
  • Deposit Syiling (hanya terdapat di cawangan tertentu)

Rujuk: Cara Tukar Duit Syiling Di Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia & Senarai Lokasi

CARA BUAT TEMUJANJI ONLINE BANK RAKYAT

Berikut adalah panduan membuat janji temu secara online untuk berurusan di kaunter Bank Rakyat:

  1. Pergi ke laman web https://appointment.bankrakyat.com.my/new
  2. Pilih negeri anda dan klik Next Step
  3. Pilih Cawangan Bank Rakyat berdekatan anda
  4. Pilih tarikh dan masa temu janji, klik Next Step
  5. Isi maklumat diminta dan klik Next Step
  6. Buat pengesahan di bahagian Confirmation.

Cetak atau simpan slip janji temu anda untuk rujukan pada hari temu janji nanti. Mudah kan? Urusan anda pasti lebih pantas apabila anda membuat janji temu.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.