Permohonan Kemasukan Ke Program Sarjana Muda Teknologi UMP Terbuka Buat Lepasan DVM/ DKM/ DLKM
Universiti Malaysia Pahang (UMP) mempelawa pelajar lepasan DVM/ DKM/ DLKM membuat permohonan untuk sambung pengajian dalam Program Sarjana Muda Teknologi di UMP bagi kemasukan Oktober 2021.
Calon yang berminat untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan boleh buat permohonan secara atas talian sehingga 13 September 2021 jam 5 petang.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program pengajian yang ditawarkan dan cara membuat permohonan.
Isi Kandungan
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan kemasukan ke Program Sarjana Muda Teknologi UMP boleh dibuat pada:
- 21 Julai hingga 13 September 2021 (jam 5 petang)
PROGRAM DITAWARKAN
UMP menawarkan program pengajian Sarjana Muda Teknologi seperti berikut:
- Sarjana Muda Teknologi Kimpalan Dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Automotif Dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Pemesinan Industri Dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Automasi Elektronik Industri Dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik Dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Minyak & Gas Dengan Kepujian
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan terbuka kepada semua calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Lepasan DVM/ DKM/ DLKM
- CPA/PNGK 2.00 ke atas
- Tidak mempunyai ketidakupayaan fizikal/anggota
Untuk panduan syarat kemasukan Program Sarjana Muda Teknologi, rujuk DI SINI.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Calon diwajibkan untuk memuat naik dokumen akademik berikut semasa buat permohonan:
- Kad Pengenalan
- Sijil SVM
- Transkrip Diploma atau keputusan peperiksaan semester 1 sehingga 5 (On Job Training)
CARA MEMOHON
Calon yang berminat untuk mengikuti pengajian Program Sarjana Muda Teknologi di UMP bagi kemasukan Oktober 2021 boleh buat permohonan selewat-lewatnya 13 September 2021. Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:
PERMOHONAN PROGRAM SARJANA MUDA TEKNOLOGI UMP
Keputusan bagi calon yang berjaya akan diumumkan pada 17 September 2021 (jam 5 petang). Untuk semakan, calon boleh ke pautan https://admission.ump.edu.my/.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi Pusat Pemasaran dan Kemasukan Akademik di talian 09 424 5268/ 5269/ 5263 atau email intake@ump.edu.my.