Pemberian Vaksin Kanak-Kanak & Remaja Mulai September. Ini Syarat Pemberian Vaksin 12 Tahun Ke Atas

Menerusi surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, vaksinasi akan diberikan kepada kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang mempunyai masalah kesihatan tertentu.

Bagaimanapun, implimentasi langkah itu bergantung kepada bekalan vaksin dan pemberian vaksin kepada kumpulan itu dijangka akan diberi bermula September 2021.

Pihak Sinar Harian telah mendapat pengesahan Pejabat Ketua Pengarah Kesihatan bahawa surat pekeliling itu adalah untuk pelaksanaan bagi tujuan tersebut.

TARIKH PERMBERIAN VAKSIN

Kerajaan akan melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak dan remaja pada:

  • Mulai 15 September 2021

SYARAT PEMBERIAN VAKSIN

Antara syarat pemberian vaksin tersebut adalah:

  • Remaja berkenaan adalah individu yang berusia 12 hingga 15 tahun dengan masalah kesihatan tertentu dan
  • Semua individu berumur 16 hingga 17 tahun dengan atau tanpa masalah kesihatan tertentu.

PUSAT PEMBERIAN VAKSIN KHAS (PPVS)

Berdasarkan surat pekeliling yang bertarikh 12 Ogos, imunisasi akan diberikan kepada kumpulan sasar di Pusat Pemberian Vaksin Khas (PPVS) iaitu:

  • Hospital
  • Institusi perubatan
  • PPV Klinik Kesihatan
  • Program jangkauan (outreach) seperti sekolah

PENILAIAN PRA-VAKSINASI

Penilaian pra-vaksinasi akan dilakukan oleh pegawai perubatan berdasarkan status kesihatan semasa, sejarah perubatan, alergi, rawatan dan ubatan yang sedang diterima oleh individu berkenaan.

Tidak semua bakal penerima vaksin perlu menjalani penilaian tersebut kecuali mereka yang mempunyai sejarah alergi teruk, mengalami kelemahan sistem imun dan menerima rawatan ubat pencair darah atau mempunyai masalah kesihatan yang berkecenderungan mengakibatkan pendarahan.

Nota: Perincian pemberian dan pelaksanaan PICK kepada golongan remaja 12 tahun hingga 17 tahun akan diumumkan dalam masa terdekat. Perkongsian ini AKAN DIKEMASKINI.

CARA DAFTAR VAKSINASI DI MYSEJAHTERA

Ibu bapa dah boleh daftarkan anak-anak yang berusia 12 hingga 17 tahun untuk penerimaan vaksin melalui aplikasi MySejahtera. Pendaftaran boleh dibuat dengan ikut panduan berikut:

Pastikan anda sentiasa alert dengan segala pengumuman semasa oleh pihak kerajaan. Perkongsian ini akan dikemaskini dari masa ke semasa setelah mendapat makluman terbaru.

Pemberian Vaksin Kepada Kanak-Kanak & Remaja Mulai September. Ini Syarat Pemberian Vaksin 12 Tahun Ke Atas

Sumber
Sinar Harian
Astro Awani

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma