Sertai Hari Kerjaya SPA Berkonsepkan Temuduga Online TSOI. Peluang Bertanya & Rasa Pengalaman Temuduga TSOI
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) akan menganjurkan Hari Kerjaya SPA bagi keterangan berkenaan Urusan Pengambilan Dalam Perkhidmatan Awam. Orang ramai dipelawa untuk sertai Program SPA yang disediakan untuk anda secara maya pada 14 Ogos 2021 bersamaan hari Sabtu.
Inilah peluang anda untuk ajukan pertanyaan secara terus kepada Pegawai SPA untuk urusan-urusan anda di SPA. Istimewa tahun ini, program ini dijalankan mengikut konsep Temu Duga Secara Online In Situ (TSOI) SPA.
Sesuailah untuk orang ramai yang bakal hadapi temuduga SPA nanti! Jangan lepaskan peluang ini, ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut.
Isi Kandungan
TARIKH PROGRAM HARI KERJAYA SPA
Hari Kerjaya SPA ini akan dilaksanakan pada:
- 14 Ogos 2021 (Sabtu)
- 10 Pagi hingga 1 Petang
CARA SERTAI SENARAI KAUNTER URUSAN DISEDIAKAN
Mulai jam 10 pagi hari Sabtu (14/8/21)*, pilih kaunter urusan mana yang anda mahukan dan klik sahaja pautan link yang diberikan mengikut kaunter urusan pilihan anda seperti di bawah:
-
Kaunter 1: Semakan Pendaftaran SPA9(pautan link akan diberikan pada hari jumaat 13/8/21)
- Kaunter 2: Semakan Permohonan Jawatan Pelaksana (SRP/PMR/PT3/SPM/SVM/SKM/SIJIL)
(pautan link akan diberikan pada hari jumaat 13/8/21) - Kaunter 3: Semakan Permohonan Jawatan Pelaksana (HSC/STP/STPM/STAM/SIJIL MATRIKULASI KPM/SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH)
(pautan link akan diberikan pada hari jumaat 13/8/21) - Kaunter 4: Semakan Separa Perubatan, Semakan Urusan Pegawai Perubatan dan Semakan Urusan Naik Pangkat Dan Tatatertib
(pautan link akan diberikan pada hari jumaat 13/8/21) - Kaunter 5: Semakan Urusan Peperiksaan / Ujian Fizikal dan Semakan Urusan Perkhidmatan
(pautan link akan diberikan pada hari jumaat 13/8/21)
Baca: Cara Daftar Akaun Cisco Webex Di Telefon & Laptop Untuk Sertai Temuduga Online
SYARAT PENYERTAAN
- Keperluan spesifikasi peranti sama seperti konsep TSOI bagi memastikan kelancaran interaksi anda bersama Pegawai SPA- boleh dirujuk di post info SPA bil 9 2021 seperti yang disertakan
- Mendaftar masuk dengan menggunakan nama penuh dan sentiasa membuka kamera semasa sesi interaksi bersama Pegawai SPA
- Berpenampilan sopan dan menjaga tatatertib ketika sesi bersama Pegawai SPA dijalankan
Selepas tamat program nanti, peserta diminta untuk isikan maklum balas di pautan berikut:
kajian maklum balas hari kerjaya spa
KEPERLUAN PERANTI
berikut adalan panduan teknikal calon temu duga secara online (keperluan spesifikasi peranti):