Pencarian Sukarelawan Pengurusan Jenazah Covid-19 Dibuka. Elaun Disediakan Buat Sukarela
Berminat nak berkhidmat membantu frontliners dalam menguruskan kes Covid-19? MADAD (Murtadha Dakwah Centre) dengan kerjasama APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) memerlukan pekerja separuh masa/ sukarelawan untuk membantu meringankan pihak hospital dalam menguruskan jenazah pesakit Covid-19.
Tawaran adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berminat untuk membantu dalam pengurusan jenazah Covid-19. Elaun saguhati disediakan kepada sukarela yang berminat.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut sukarelawan pengurusan jenazah Covid-19 dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat kelayakan yang ditetapkan bagi mengikuti sukarelawan ini adalah:
Syarat Utama
- Sihat tubuh badan
- Berat badan Ideal/ Body Mass Index (BMI 20-25)
Terbuka Kepada
- Orang awam yang mencari kerja sambilan
- Pekerja yang ingin menambah pendapatan
- Berumur 18 tahun hingga 30 tahun
- Orang awam yang ingin membantu pihak hospital menguruskan jenazah
MANFAAT DITAWARKAN
Antara manfaat yang ditawarkan adalah:
- Elaun saguhati disediakan
- Peluang ditawarkan berkhidmat dengan MADAD
CARA MOHON
Individu yang berminat sertai sukarelawan yang ditawarkan boleh buat permohonan secara online atau melalui mesej dengan langkah berikut:
Mohon Melalui SMS
Sila mesej:
- <nama> <no kad pengenalan> <email> <no tel> <alamat> <hari boleh berkhidmat> < status pekerjaan sekarang> kepada nombor yang tertera.
- Hubungi: 013 851 90921 (Ustaz Adam)
Mohon Secara Online
Untuk permohonan secara online, anda boleh isi borang permohonan di bawah:
BORANG PERMOHONAN SUKARELAWAN PENGURUSAN JENAZAH COVID-19
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Uztaz Adam di talian 013 851 90921.