70+ Contoh Soalan Temuduga Guru Pengambilan Khas SPP Secara One-Off

Calon yang sedang cari contoh soalan temuduga guru boleh dapatkan 70+ contoh soalan guru pengambilan khas SPP yang dikongsikan khas untuk rujukan calon.

Anda dah berjaya hantar permohonan bagi pengambilan khas guru SPP secara one-off yang dibuka secara besar-besaran baru-baru ini? Baru-baru Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah memaklumkan tarikh temuduga pengambilan khas guru ini akan diadakan tidak lama lagi, iaitu penghujung bulan Ogos 2021.

Calon yang betul-betul berminat nak jadi seorang guru, pastikan anda tetapkan matlamat untuk LULUS temuduga kali ini kerana peluang adalah cerah melalui pengambilan ini. Nak buat persediaan temuduga tetapi tak tahu soalan temuduga guru pengambilan khas SPP yang akan ditanya nanti?

Anda dah boleh buat persediaan dari sekarang dengan dapatkan contoh soalan temuduga guru pengambilan khas SPP yang dikongsikan di bawah.

KAEDAH TEMUDUGA

Temuduga bagi calon yang disenarai pendek akan dilaksanakan seperti berikut:

  • Sesi temu duga akan diadakan secara atas talian (video conferencing)
  • Menggunakan aplikasi Cisco Webex
  • Temu duga akan dibuat secara berkumpulan (5 – 7 orang calon)
  • Panel temu duga terdiri daripada Ahli Suruhanjaya dan Wakil Jabatan
  • Tempoh sesi temu duga dalam satu jam

Nak tahu kriteria penilaian temuduga guru pengambilan khas SPP nanti? Baca di sini:

CONTOH SOALAN TEMUDUGA CALON GURU

Antara contoh soalan temuduga calon guru pengambilan khas SPP:

  1. Sila perkenalkan diri anda
  2. Di mana anda bekerja sebelum ini?
  3. Apa tugas seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41?
  4. Apa kelebihan yang anda ada untuk diserap ke dalam jawatan ini?
  5. Macam mana nak hadapi situasi bebanan kerja terhadap guru bertambah?
  6. Apakah punca berlaku buli di kalangan pelajar sekolah? Cadangkan cara selesaikan masalah tersebut
  7. Murid tercenderung ke arah belajar di kelas tuisyen untuk tambah ilmu. Adakah anda sudi jadi guru tuisyen jika perlu? Mengapa?
  8. Berikan sebab kenapa anda buat permohonan untuk jadi guru?
  9. Apakah subjek yang anda minat dan kenapa?
  10. Apakah aktiviti yang anda sertai masa sekolah?
  11. Apakah matlamat jangka pendek anda?
  12. Apa beza Raja dan Agong?
  13. Apakah tema kemerdekaan tahun ini?
  14. Apa kelebihan yang dapat diperoleh jika mengajar subjek matematik dan sains dalam bahasa inggeris?
  15. Bero pro & kontra dalam penggunaan ICT pada masa kini di sekolah
  16. Kenapa kerajaan lebih memperkasakan sekolah kebangsaan (national school)
  17. Sebagai guru, apa tanggungjawab anda terhadap masyarakat sekeliling.
  18. Tekanan/stress di sekolah terhadap guru amat membimbangkan. Apa punca menyebabkan guru stress? bagaimana cara untuk atasinya?
  19. Apakah konsep yang dimaksudkan dengan sekolah cemerlang?
  20. Sejauh mana anda tahu sekolah Integrasi? Tujuan?
  21. Adakah kamu pernah terlibat dengan Program Latihan Khidmat Negara? Apakah tujuan itu?
  22. Apa beza KBSR dan KSSR?
  23. Huraikan perkara penting dalam FPK
  24. Nyatakan 5 prinsip dalam rukun negara
  25. Huraikan Matlamat Wawasan 2020
  26. Jika anda diminta mengajar di kawasan pendalaman, bagaimana anda menghadapi masalah kehidupan di sana?
  27. Bagaimana anda meningkatkan ilmu dan kemahiran supaya menjadi guru yang cemerlang?
  28. Mengapa perlu pembelajaran sepanjang hayat?
  29. Apa pendapat anda tentang GST? Bagus atau tidak?
  30. Bagaimana menjadi seorang guru yang dihormati dan disanjungi?
  31. Apakah objektif utama perayaan Hari Guru?
  32. Apakah teras perkhidmatan cemerlang?
  33. Apakah fungsi utama Persatuan Ibu Bapa dan Guru?
  34. Berikan Nama Menteri Pendidikan dan Timbalan
  35. Mengapa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi digabungkan?
  36. Apa masa depan seorang guru?
  37. Apakah kepentingan kecerdasan emosi untuk seorang guru?
  38. Guru hanya masa lapang, banyak cuti, tidak banyak kerja, adakah anda setuju?
  39. 5 sebab anda layak menjadi seorang guru
  40. Jika murid engkar arahan guru, apa tindakan anda sebagai guru?
  41. Mana lebih penting keluarga atau tugas?
  42. Apa cabaran terhebat sebagai guru zaman sekarang?
  43. Pandangan anda berkaitan SPPBS? Anda terlibat dan pernah isi?
  44. Pendapat anda berkaitan merotan murid yang nakal di sekolah?
  45. Berikan 3 jenis tugas lain seorang guru selain mendidik
  46. Murid banyak masalah perlu dibuang sekolah? Setuju? Kenapa?
  47. Ulaskan sedikit mengenai Gejala Sosial di kalangan remaja
  48. Bagaimana menangani masalah disiplin di kalangan pelajar?
  49. Kenapa murid tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah?
  50. Apa pendapat anda ibu bapa yang mengugut guru yang merotan anak?
  51. Perlukah anda kenal ibu bapa murid anda?
  52. Guru selalu dihantar kursus, adakah ia baik untuk anda?
  53. Berikan pandangan anda tentang guru disaman ibu bapa murid? Bagaimana untuk mengelaknya?
  54. Apakah kemahiran interpersonal yang anda ada?
  55. Apa target anda dalam kerjaya perguruan?
  56. Wajarkah seorang guru mempunyai kerja lain seperti MLM, berniaga part time?
  57. Apakah peranan seorang Ketua Panitia di sekolah?
  58. Apa sumbangan yang pernah anda buat untuk sekolah?
  59. Siapa bos anda di sekolah?
  60. Apa pendapat anda berkenaan dengan laman sosial seperti Facebook?
  61. Apakah yang anda akan lakukan jika terdapat seorang pelajar autisme di dalam kelas aliran biasa yang anda mengajar?
  62. Bila dah jadi guru, parti mana yang akan anda sonong? Apa pendapat anda dengan pemerintah sekarang?
  63. Apa pendapat anda berkenaan kaedah Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR)?
  64. Selain daripada PdPR, apakah kaedah lain yang anda rasa sesuai digunakan?
  65. Adakah PdPR berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada murid?
  66. Nyatakan cabaran pendidikan pada tahun 2021
  67. Cadangkan satu kaedah untuk elakkan ada murid yang keciciran ilmu semasa pelaksanaan PdPR
  68. Pada pendapat anda, adalah pelaksanaan PdPR ini berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar di rumah?
  69. Nyatakan kaedah persembahan pembelajaran yang ringkas tetapi dapat menyampaikan maklumat dengan menyeluruh kepada pelajar.
  70. Selain memberikan bahan untuk dipelajari, bagaimana guru dapat memupuk pelajar untuk  melakukan pembelajaran kendiri di rumah?
  71. Jika terdapat wanita yang mengalami keganasan rumah tangga, kementerian apakah yang boleh dijadikan rujukan dalam menangani kes ini.

Rujuk: Himpunan Soalan Popular Temuduga Guru SPP Tahun 2018 Hingga 2021 Untuk Rujukan Calon

PERSEDIAAN CALON GURU

Antara persediaan yang perlu calon lakukan untuk hadapi temu duga pengambilan khas guru SPP adalah:

  • Semakan panggilan temu duga
  • Perkakasan
  • Talian Internet
  • Aplikasi Cisco Webex

Calon dah boleh daftar aplikasi Cisco Webex sekarang untuk persediaan.

Rujuk: Cara Daftar Akaun Cisco Webex Di Telefon & Laptop Untuk Sertai Temuduga Online

Semoga perkongsian contoh soalan temuduga guru pengambilan khas SPP ini dapat memberi gambaran kepada calon yang telah buat permohonan untuk hadapi temu duga nanti. Calon dinasihatkan untuk buat persediaan seawal mungkin supaya temu duga akan berjalan lancar nanti.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma