Cara Dapatkan Penyata Bank Islam Secara Online Dengan Mudah. Tak Perlu Ke Kaunter
Sebenarnya nak dapatkan penyata bank ni tak susah pun. Tak perlu pergi ke kaunter bank pun, boleh lakukan di rumah sahaja. Bagi pemegang akaun Bank Islam pula, anda boleh dapatkan secara online dengan mudah!
Pemegang akaun Maybank juga boleh cetak penyata Maybank anda dengan mudah, secara online sahaja! Rujuk DI SINI. Pemegang akaun CIMB yang nak dapatkan penyata bank boleh rujuk DI SINI.
Tak tahu cara dapatkan penyata Bank Islam secara online? Ikuti perkongsian di bawah untuk langkah dapatkan penyata Bank Islam secara online.
Isi Kandungan
CARA DAPATKAN/ CETAK PENYATA BANK ISLAM ONLINE
Berikut adalah panduan mendapatkan/ cetak penyata Bank Islam secara online atau dikenali sebagai e-statement:
Daftar Akaun IB Bank Islam
Sebelum dapatkan penyata Bank Islam online, anda perlu daftar akaun IB Bank Islam terlebih dahulu.
- Sila buka laman bankislam.biz
- Klik butang FIRST TIME USER
- Baca Terma dan Syarat yang dinyatakan, tick pada kotak disediakan dan klik Continue
- Klik Continue
- Masukkan 16 digit Nombor Kad Debit dan PIN ATM. Klik Continue
- Masukkan maklumat yang diminta dan klik butang Submit
- Maklumat anda akan terpapar. Jika dah betul, klik butang Confirm
- Anda akan terima SMS dari pihak Bank Islam bahawa pendaftaran nombor telefon anda telah berjaya
Dapatkan Penyata Bank Islam Online
Dah daftar akaun IB Bank Islam, anda kini boleh cetak penyata Bank Islam secara online.
- Pergi ke laman www.bankislam.biz/
- Klik INTERNET BANKING LOGIN
- Masukkan ID yang didaftarkan dan klik Login
- Masukkan Password dan klik Login
- Pergi ke My Accounts dan klik E-Statement
- Klik Download
- Pilih Akaun anda dan klik Submit
- Pilih tarikh/ bulan penyata yang anda mahu
- Dah klik, Penyata Bank Islam anda akan dimuatturun terus.
Siap! Mudah kan? Anda boleh cetak penyata Bank Islam anda yang telah dimuat turun tadi. Dah tak perlu ke kaunter Bank Islam untuk dapatkan Penyata Bank. Jika anda tidak mahu buat secara online, anda juga boleh ke kaunter dan maklumkan bahawa anda mahu cetak penyata bank anda.
Selain itu anda juga boleh dapatkan penyata bank mini melalui mesin ATM. Mudah! Rujuk caranya DI SINI.
Semoga bermanfaat!