Bantuan Latihan Perantis JKM: Mohon Bantuan RM200/Bulan Untuk Penganggur Dapatkan Latihan Kemahiran
Dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik termasuk B40, pelbagai bantuan telah diberikan oleh pihak kerajaan. Perkhidmatan bantuan kewangan yang disediakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar bagi meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
Ramai tak tahu selain daripada bantuan JKM untuk golongan warga emas, OKU, kanak-kanak dan miskin tegar, JKM juga ada menyediakan Bantuan Latihan Perantis, bagi membantu anak-anak penerima bantuan JKM dalam mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Bantuan Latihan Perantis dan cara buat permohonan.
Isi Kandungan
BANTUAN LATIHAN PERANTIS JKM
Tujuan Bantuan Latihan Perantis oleh JKM adalah:
- Untuk membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur
- Serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.
Kadar bayaran disediakan kepada individu yang layak adalah sebanyak:
- RM200 sebulan seorang
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
- Kes-kes seliaan akhlak; atau
- Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
CARA MEMOHON
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
- salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
- salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
- salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
- salinan penyata gaji (jika ada), dan
- lain-lain dokumen yang berkaitan.
Klik butang di bawah untuk muat turun borang permohonan Bantuan Latihan Perantis JKM:
JKM 18 BORANG PERMOHONAN BANTUAN
JKM 20 BORANG KAJI SEMULA BANTUAN
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web rasmi www.jkm.gov.my.