Guru Malaysia Antara Pendidik Paling Berdedikasi Di Dunia: Kajian Cambridge Assessment International Education

Tahukah anda guru di Malaysia pernah disenaraikan sebagai pendidik yang paling berdedikasi di dunia? Jadi ibu bapa diluar sana jangan pandang rendah guru-guru di Malaysia yang sedang mengajar anak-anak anda sekarang.

Pasti ramai yang tidak menyangka bahawa guru-guru di Malaysia pernah diiktiraf sebagai pendidik yang paling berdedikasi di dunia berdasarkan kajian dan bancian yang dilakukan oleh Cambridge University.

Baca juga: Permohonan Guru Sekolah Rendah Kebangsaan & Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJKC)

Dengan pengiktirafan antarabangsa ini memang terbukti Guru sememangnya memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Guru lah yang banyak memberikan ilmu pengetahuan kepada kita dari seawal usia 5 tahun sehingga 17 tahun. Sesetengah guru sangat gigih dan berusaha dalam mencurahkan segala ilmu demi melihat anak muridnya berjaya.

Di bawah merupakan hasil dapatan dari kajian yang dilakukan oleh Cambridge University. Semoga kita lebih menghargai guru-guru yang mengajar kita.

KAJIAN CAMBRIDGE ASSESSMENT INTERNATIONAL EDUCATION

Menurut laporan, kajian mengenai kesungguhan guru dalam memberikan pendidikan kepada pelajar telah dilakukan oleh pelajar tahun akhir jurusan pendidikan dari Cambridge Assessment International Education (Cambridge University).

Untuk pengetahuan anda, kajian yang dilakukan ini merupakan kajian global pertama yang menyeluruh tentang jenis kehidupan yang dipimpin oleh pelajar berusia antara 12 hingga 19 tahun dan guru di sekolah di seluruh dunia.

Hasil kajian tersebut telah diterbitkan dalam laporan Global Education Census 2018 yang melibatkan seramai 20,000 guru dan murid daripada 10 buah negara seperti Argentina, China, India, Indonesia, Malaysia, Pakistan, Arab Saudi, Sepanyol dan Afrika.

HASIL KAJIAN CAMBRIDGE INTERNATIONAL

Guru Malaysia Antara Pendidik Paling Berdedikasi Di Dunia: Kajian Cambridge Assessment International Education

Menurut kajian yang dilakukan, seramai 70% Guru di Malaysia menganggap bahawa mengajar merupakan kerjaya yang memberi ganjaran kepuasan kepada diri mereka. Ini menunjukkan bahawa guru-guru sungguh ikhlas dalam mengajar dan menurunkan ilmu kepada murid-murid.

67% guru di Malaysia beranggapan bahawa bekerja dengan orang muda iaitu murid adalah satu keseronokan bagi mereka. Menurut sesetengah guru, mereka berasa kurang tekanan apabila mengajar.

Menurut kajian mengenai cara para guru mengukur prestasi profesional mereka sendiri,  guru di Malaysia mecatatkan jawapan paling dedikasi di dunia kerana 84% daripadanya mengatakan bahawa mereka menganggap hasil keputusan peperiksaan pelajar sebagai ukuran kejayaan mereka. Semakin bagus keputusan pelajar, semakin berjaya seseorang guru.

Guru di Malaysia juga mencatatkan jumlah paling tinggi dalam membantu pelajar iaitu sebanyak 75% daripadanya telah menganjurkan kelas tambahan dalam membantu murid-murid mencapai keputusan yang cemerlang.

ASPEK PENGIKTIRAFAN GURU BERDEDIKASI

Cambridge Assessment International Education telah membuat kajian ke atas seramai 529 guru dan 543 murid di Malaysia dalam kira-kira keseluruhan 20,000 guru dan murid yang telah dikaji bersama negara lain.

Kajian yang dilakukan adalah terhadap aspek:

  • Bilik darjah terbaik
  • Penggunaan alat bantuan pengajaran dan pembelajaran tambahan yang berkesan
  • Penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran
  • Aktiviti ko-kurikulum
  • Aspirasi pelajar
  • Motivasi guru

Harry Tan, Setiausaha NUTP  berkata tinjauan itu mencerminkan pendapat mereka mengenai tahap dedikasi guru di Malaysia. Beliau menyatakan bahawa guru di Malaysia bekerja sangat keras sehingga ada yang didapati sanggup membuat kelas tambahan pada waktu malam sebelum peperiksaan penting seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Jadi, tidak hairanlah jika guru Malaysia tersenarai dalam guru paling berdedikasi di dunia. Pasti anda juga mempunyai pengalaman bersama guru yang bekerja keras dalam memberikan pendidikan kepada anda bukan?

Hargai usaha-usaha guru anda dalam penat lelah memberikan pendidikan kepada anda kerana kita tidak tahu berapa banyak sama guru kita telah terkorban demi memastikan kita berjaya di masa depan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma