Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

BSN PEMERKASA-NITA: Mohon Pembiayaan Sehingga RM50,000 Buat Usahawan Wanita

Oleh Cikgu Shaari • July 27, 2021 • 2 min baca

BSN PEMERKASA-NITA: Mohon Pembiayaan Sehingga RM50,000 Buat Usahawan Wanita
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

BSN Micro PEMERKASA-NITA merupakan satu inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) ada menyediakan pinjaman mikro kepada usahawan wanita bagi membantu dan menyokong pemulihan perniagaan mikro.

Semasa pengumuman Belanjawan 2021 yang lalu, kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah 1 bilion ringgit bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit. Prihatin dengan situasi yang mencabar ini, kerajaan bersetuju untuk menyediakan dana tambahan sebanyak 500 juta ringgit dalam pakej PEMERKASA bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit melalui program-program di bawah BSN, TEKUN, MARA dan SME Corp.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan BSN Micro PEMERKASA-NITA.

MAKLUMAT PEMBIAYAAN

BSN Micro PEMERKASA-NITA menyediakan pembiayaan seperti berikut:

  • Amaun pinjaman: Sehingga RM50,000
  • Tujuan Pinjaman: Modal Kerja & Pembelian Aset
  • Tempoh Pinjaman: Sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulanan.
  • Kadar: 3% setahun

JENIS PERNIAGAAN YANG LAYAK

Jenis sektor perniagaan yang layak untuk mohon adalah:

  • Peruncitan dan pemborongan
  • Pembuatan
  • Perkhidmatan

BSN PEMERKASA-NITA: Mohon Pembiayaan Sehingga RM50,000 Buat Usahawan Wanita

SYARAT KELAYAKAN

Hanya usahawan yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang dimiliki oleh usahawan wanita, iaitu sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh usahawan wanita dan di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19.
  • Dimiliki oleh Warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen berikut:

  • Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah/ Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan)
  • Penyata Akaun Bank untuk 3 bulan terkini
  • Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank

CARA MOHON

Usahawan wanita yang berminat untuk dapatkan pembiayaan melalui BSN Mikro PEMERKASA-NITA boleh buat permohonan secara atas talian melalui pautan berikut:

MOHON BSN MIKRO PEMERKASA-NITA

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pembiayaan BSN Mikro PEMERKASA-NITA, anda boleh hubungi talian 1300-88-1900 atau kunjungi cawangan BSN berdekatan.

Rujuk panduan buat permohonan yang lebih terperinci di bawah:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.