Tawaran Bantuan Tabung Usahawan Wanita RM4,000 Untuk Usahawan Di Kelantan
Para peniaga di Kelantan dari semua golongan termasuk golongan OKU adalah dipelawa untuk mohon bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu pada 5 Ogos 2021.
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang telah menjalankan perniagaan dan berumur antara 18 hingga 60 tahun.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan yang ditawarkan dan cara buat permohonan.
Isi Kandungan
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:
- 18 Julai 2021 hingga 5 Ogos 2021
KADAR BANTUAN
Usahawan yang layak akan terima bantuan sebanyak:
- RM4,000
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Untuk peniaga wanita sahaja
- Berumur antara 18 hingga 60 tahun serta menetap di negeri Kelantan.
- Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang telah menjalankan perniagaan.
- Bukan penerima bantuan Tabung Usahawan Wanita sebelum ini.
- Bantuan adalah dalam bentuk peralatan sahaja.
- Perniagaan yang dijalankan mestilah mematuhi syariah.
- Kadar bantuan maksima RM4,000.00 sahaja.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Hanya permohonan yang dihantar bersama dokumen sokongan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Borang Permohonan yang disahkan oleh Penghulu Mukim dan ADUN – (WAJIB)
- Gambar berukuran passport – (WAJIB)
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Waris – (WAJIB)
- Salinan Kad Pengenalan Pasangan/ Waris – (WAJIB)
- Gambar Lokasi & Aktiviti Perniagaan – (WAJIB)
- Salinan Daftar Niaga (SSM)- (WAJIB)
- Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – (WAJIB)
CARA MOHON
Usahawan yang memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan dengen menyediakan semua dokumen yang diperlukan di atas termasuk Borang Permohonan Bantuan Tabung Usahawan Kelantan dan hantarkan ke alamat berikut:
- Pejabat Urus Setia Kebajikan,
Pembangunan Keluarga dan Wanita Blok 2, Aras 2,
Kompleks Kota Darulnaim
15503 Kota Bhari Kelantan
Download borang permohonan di bawah:
BORANG PERMOHONAN TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Unit Kemahiran Wanita di talian 013 983 6911.