Kaedah Pelaksanaan PdPR Program Matrikulasi KPM Semester 1 2021/2022 Mulai 28 Julai 

Tahniah buat lepasan SPM yang telah berjaya dapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bagi calon yang memilih untuk masuk ke Program Matrikulasi, anda telah membuat satu langkah yang bijak. Pelbagai kelebihan mengikuti program Matrikulasi yang pelajar program lain tidak dapat.

Mulai 8 Julai 2021 lalu, lepasan SPM yang mohon dah buat semakan tawaran kemasukan ke Matrikulasi sesi 2021/2022. Pelajar yang layak boleh buat pendaftaran secara atas talian pada tarikh yang ditetapkan dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran akan bermula tidak lama lagi.

KPM telah memaklumkan PdP Program Matrikulasi yang akan bermula lagi akan dilaksanakan di rumah, iaitu secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

TARIKH PENTING KEMASUKAN MATRIKULASI

Berikut adalah tarikh-tarikh penting semakan dan kemasukan ke Matrikulasi semester 1 sesi 2021/2022 yang perlu diberi perhatian:

  • 8 Julai 2021 (12 tengahari)
    Semakan keputusan calon berjaya secara dalam talian
  • 12 hingga 22 Julai 2021
    – Klik Setuju terima, jawab soal selidik
    – Terima surat tawaran (nama kolej & jurusan)
    – Daftar secara dalam talian sebelum 25 Julai 2021
  • 26 hingga 27 Julai 2021
    – Minggu Pengurusan Pelajar Baharu
  • 28 Julai 2021
    – Sesi pembelajaran bermula
    – Kaedah pembelajaran akan dikemaskini

PEMBELAJARAN PROGRAM MATRIKULASI SEMESTER 1 SESI 2021/2022

1. Pendaftaran Program Matrikulasi Semester 1 Sesi 2021/2022

  • Pendaftaran secara dalam talian bermula dari 12 hingga 22 Julai 2021

2. Persediaan Menghadapi PdP Semester 1 Sesi 2021/2022

  • PdP akan bermula pada 28 Julai 2021
  • Pelajar tidak perlu ke kolej sepanjang Semester 1 Sesi 2021/2022. Pelajar kekal berada di rumah
  • Pelajar akan belajar secara dalam talian

3. Persediaan PdP

  • Pensyarah akan hubungi pelajar untuk memaklumkan tentang jadual waktu dan jenis pelantar digital yang akan digunakan (Google Meet, Google Classroom, Telegram, WhatsApp dan sebagainya)
  • PdP (kuliah, tutorial dan amali) akan dilaksanakan secara dalam talian menggunakan pelantar digital yang ditetapkan oleh pensyarah

4. Masalah Komputer & Internet

  • Pelajar boleh menghubungi pihak kolej untuk menyatakan masalah berkaitan pembelajaran dalam talian. Pihak kolej akan membantu menyelesaikan masalah pembelajaran tersebut.

5. Penilaian Dan Pentaksiran Program Matrikulasi KPM

  • Penilaian terdiri daripada dua komponen iaitu Penilaian berterusan dan peperiksaan. Peperiksaan pula terdiri daripada dua bentuk iaitu Ujian Penilaian Sumatif dan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi
  • Semua tugasan , latihan, laporan dan peperiksaan diadakan secara dalam talian

Kaedah Pelaksanaan PdPR Program Matrikulasi KPM Semester 1 2021/2022 Mulai 28 Julai  Kaedah Pelaksanaan PdPR Program Matrikulasi KPM Semester 1 2021/2022 Mulai 28 Julai 

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma