Semakan Keputusan Permohonan Young Talent Development Programme (YTP) MARA Dibuka
MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2021 untuk mengikuti Young Talent Development Programme (YTP) bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.
Pelajar lepasan SPM yang telah buat permohonan kemasukan YTP MARA sebelum ini kini boleh buat semakan keputusan permohonan di laman web yang disediakan. Calon yang berjaya diminta untuk buat pengesahan penerimaan atau penolakan tawaran pada tarikh yang ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut cara buat semakan keputusan permohonan YTP MARA.
Isi Kandungan
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN
Semakan keputusan permohonan Young Talent Development Programme (YTP) tahun 2022 boleh dibuat pada:
- Mulai 22 Julai 2022 (jam 3 petang)
SYARAT KELAYAKAN
Syarat-syarat umum permohonan Program YTP adalah seperti di bawah:
- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara
Malaysia. - Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
- Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 buat kali pertama.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian dan peringkat yang sama.
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya kelayakan berikut:
- Tiga (3) A- bagi mana-mana mata pelajaran dan kredit bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu dalam peperiksaan percubaan SPM , ATAU - Tiga (3) A- bagi mana-mana mata pelajaran dan kredit bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 (bagi pemohon yang
tiada keputusan percubaan SPM). - Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Enam (6) A- bagi keputusan peperiksaan sebenar SPM
- Hanya keputusan peperiksaan SPM sahaja yang akan digunapakai sebagai syarat kelayakan akademik bagi Program YTP
CARA BUAT SEMAKAN
Pemohon boleh semak email masing-masing untuk ketahui status permohonan. Calon boleh menyemak keputusan Program YTP 2022 bermula 22 Julai 2022 melalui pautan di bawah:
Bagi calon yang berjaya, sila klik butang TERIMA/TOLAK TAWARAN selewat-lewatnya 25 Julai 2022 jam 12 tengahari.
MAKSUD STATUS EMAIL
- TERPILIH UNTUK MARA STUDENT ASSESSMENT PROGRAMME
Calon disenarai pendek untuk menghadiri MSAP, terlibat bagi program laluan ke luar negara sahaja (tidak termasuk program Pre- Jordan, KIBA di UCYP), Sia cetak surat temuduga dan sila patuhi arahan yang ditetapkan - PENILAIAN
Calon disenarai pendek bagi program laluan dalam negara sahaja (janaan dan cetakan surat temuduga tidak diperlukan) - TIDAK LAYAK
Calon tidak tersenarai pendek untuk pertimbangan penawaran MARA
Pemohon yang berjaya ditawarkan di bawah Program YTP perlu mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di institusi atau kursus yang telah ditetapkan oleh MARA sahaja.
Pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan. Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung. Pinjaman pelajaran akan diteruskan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.