Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA Bagi Lepasan SPM

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2021/2022 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 22 Julai 2022.

Semakan keputusan boleh dibuat secara atas talian di pautan yang disediakan mulai tarikh yang ditentukan. Calon mestilah buat pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut semakan keputusan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi lepasan SPM.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi lepasan SPM boleh dibuat pada:

  • 22 Julai 2022 (jam 12 tangahari)

CARA BUAT SEMAKAN

Semakan keputusan boleh dibuat mulai 22 Julai 2022 melalui pautan berikut:

Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 23 hingga 31 Julai 2022 di laman web IPTA dan ILKA. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti yang dinyatakan.

Baca: Tarikh-tarikh Penting Permohonan UPU 2021-2022 Universiti Awam & Politeknik

PERMOHONAN RAYUAN

Hanya pemohon yang GAGAL dan mendapat tawaran program SIJIL sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti dan Politeknik di:

Permohonan rayuan mestilah dibuat dalam tempoh berikut :

  • 22 Julai 2022 (12 tengahari) hingga 31 Julai 2022 (5 petang)

Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

Tawaran tempat bagi sesi akademik 2022/2023 adalah MUKTAMAD dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan. Dasar pemilihan rayuan pelajar adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian 03-8870 6765/ 6121/ 6829 atau emel ke alamat upu@mohe.gov.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma