Pengambilan Khas Lepasan SPM Bagi Kemasukan IPG Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2022 bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di sekolah-sekolah KPM.

Terdapat 2 jenis program PISMP yang ditawarkan kepada lepasan SPM yang berminat. Calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program pengambilan calon guru yang ditawarkan adalah dipelawa untuk mohon.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang ditawarkan

AMBILAN KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai:

  • Sijil Menengah Agama (SMA); ATAU
  • Sijil Menengah Ugama (SMU); ATAU
  • Sijil Unified Examination Certificate (UEC)

Calon yang mempunyai sijil berikut serta yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program pengajian berikut:

  • Pendidikan Islam (SK/ SJKC/ SJKT) bagi lulusan SMA/ SMU
  • Bahasa Cina (SJKC) bagi lulusan UEC

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan pengambilan khas PISMP tahun 2022 dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 8 hingga 14 Ogos 2022

SYARAT KELAYAKAN

Calon mestilah memenuhi semua syarat kelayakan yang ditetapkan berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2022 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2002.
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurangkurangnya 6 kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lulus Sejarah.
  • Syarat Tambahan:
    i) Lulusan Unified Examination Certificate (UEC)
    – Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML)
    ii) Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU): 
    – Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat SMA atau SMU.

CARA MOHON

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) mulai 8 hingga 14 Ogos 2022 dengan melayari laman sesawang PISMP, Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan:

Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan Lulus e-Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG), penyediaan Video Pengajaran (VP) dan Video Kecergasan Fizikal (UKF).

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi Institut Pendidikan Guru KPM di talian 03 8312 6720/ 6693/ 6731/ 6768.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma