Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

UiTM Beri Pengurangan Yuran Konvo RM40 Untuk 3 Sesi. Semak Kadar Yuran Terbaru

Oleh Cikgu Shaari • July 14, 2021 • 2 min baca

UiTM Beri Pengurangan Yuran Konvo RM40 Untuk 3 Sesi. Semak Kadar Yuran Terbaru
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersetuju untuk mengurangkan yuran konvokesyen bagi 3 sesi yang dikenakan kepada para graduan semua peringkat pengajian ijazah dan diploma di UiTM seluruh negara.

Mengambil maklum dan amat prihatin terdapat situasi semasa, Pengurusan Tertinggi UiTM telah membuat keputusan untuk memberi pengurangan yuran konvokesyen untuk 3 sesi bagi semua peringkat pengajian. Ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang perlu dibayar oleh para graduan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengurangan yuran konvokesyen UiTM dan kadar yuran yang terkini.

3 SESI TERLIBAT

Pengurangan yuran konvokesyen adalah melibatkan 3 sesi berikut:

  • Sesi ke-93
  • Sesi ke-94
  • Sesi ke-95

PERINGKAT PENGAJIAN TERLIBAT

Pengurangan yuran secara automatik diberikan kepada semua peringkat pengajian meliputi:

  • Ijazah doktor falsafah
  • Ijazah sarjana
  • Diploma lepasan ijazah
  • Ijazah sarjana muda
  • Program profesional
  • Diploma

KADAR YURAN KONVOKESYEN UiTM

Kadar yuran konvokesyen yang dikenakan kepada pra graduan pada setiap sesi konvokesyen adalah:

  • Antara RM150.00 hingga RM230.00 mengikut peringkat pengajian.

Melalui pengurangan yang diberikan sebanyak RM40, para graduan hanya perlu membayar kadar bayaran TERKINI:

  • Antara RM110.00 hingga RM190.00 sahaja

Jumlah pengurangan bagi semua graduan sesi Konvokesyen ke-93, 94 dan 95 adalah sebanyak RM3 juta.

Perancangan asal UiTM adalah untuk melaksanakan istiadat konvokesyen secara fizikal. Namun penularan Covid-19 yang masih lagi serius membantut usaha tersebut kerana keselamatan dan kesihatan umum perlu diutamakan.

Pengurusan tertinggi UiTM juga telah memutuskan bahawa sama ada istiadat konvokesyen secara fizikal boleh dilaksanakan atau tidak pada tahun ini adalah tertakluk kepada keadaan semasa. Justeru, keputusan muktamad mengenai kaedah konvokesyen yang dijalankan hanya akan diumumkan pada masa yang lebih sesuai dan suasana mengizinkan.

BAYARAN YURAN KONVOKESYEN

Sehubungan itu, graduan yang telah membuat bayaran yuran konvokesyen akan dimaklumkan untuk mengisi e-Borang Pemulangan Yuran Konvo ke-93 bagi pemulangan RM40.00. Manakala graduan yang belum membayar yuran konvokesyen, bil yuran akan dibatalkan dan akan dijanakan bil yuran yang baharu.

Sila layari laman sesawang berikut untuk maklumat lanjut:

Untuk maklumat, UiTM juga telah mengurangkan yuran konvokesyen dengan jumlah yang sama membabitkan konvokesyen pada sesi ke-92 serta mengendalikannya secara janji temu berikutan isu yang sama pada tahun lalu.

UiTM Beri Pengurangan Yuran Konvo RM40 Untuk 3 Sesi. Semak Kadar Yuran Terbaru

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.