Senarai Pelanjutkan Khas Urusniaga JPJ Bagi Yang Terkesan Dalam Tempoh PKP 3.0
Selaras dengan arahan kerajaan bagi penangguhan sementara operasi urus niaga dan perkhidmatan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) bermula 1 Jun 2021, arahan pengoperasian semula perkhidmatan kaunter JPJ telah berkuatkuasa, bermula 1 Julai 2021 yang lalu. Pengoperasian kaunter ini adalah bersandarkan kepada ketetapan di bawah PPN ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sementara itu, semua agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia termasuk JPJ, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), serta PUSPAKOM membuka kaunter perkhidmatan hanyalah bagi urusan yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian dengan kapasiti petugas kaunter tidak melebihi 50%.
Sehubungan itu, bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas, maka Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan telah memutuskan Pelanjutan Khas diberikan kepada beberapa urusniaga yang tidak dapat dilaksanakan pada mana-mana tarikh antara tempoh masa 1 Jun 2021 hingga 31 Julai 2021.
Isi Kandungan
SENARAI URUSNIAGA DIBERI PELANJUTAN KHAS
Berikut adalah senarai urusniaga JPJ yang diberi pelanjutan khas:
Tempoh Sah Laku Pemeriksaan Di PUSPAKOM Tamat Tempoh Semasa PKP
Pemeriksaan PUSPAKOM Untuk Tujuan Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Bagi Kenderaan Perdagangan
Tempoh Tukar Hak Milik
Nombor Pendaftaran Kenderaan Yang Telah Tamat Tempoh Semasa PKP
Pelanjutan Tempoh Pembaharuan Lesen CDL, GDL dan PSV
Pelanjutan Tempoh Permohonan Pertukaran Lesen Memandu Percubaan PDL Ke Lesen Memandu Kompeten CDL
Pelanjutan Pembaharuan Lesen Memandu (LDL)
Penggunaan Permit Memandu Antarabangsa
Tempoh Sahlaku Surat Kelulusan Teknikal/ Sijil Pendaftaran Bengkel Dengan bahagian Kejuruteraan Automotif
TEMU JANJI JPJ
Orang ramai yang perlu berurusan di kaunter JPJ diminta untuk buat janji temu secara online terlebih dahulu sebeulum hadir ke kaunter. Temu janji JPJ boleh dibuat di pautan berikut:
KENYATAAN MEDIA