[Lengkap] Panduan Pilih Opsyen Mata Pelajaran Untuk Mohon Pengambilan Khas Guru KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan pengambilan khas melibatkan 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 dalam masa terdekat. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pengambilan berskala besar itu dilakukan secara one-off dan bertujuan menyelesaikan masalah kekurangan guru.

Graduan Pendidikan dan juga graduan bukan pendidikan boleh ambil peluang ini untuk mohon kemasukan guru yang dijangka ambil bagi bulan Oktober 2021. Permohonan pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Gred DG41) atau guru KINI TELAH DIBUKA.

Bagi calon yang  telah mohon jawatan melalui mySPP, pasti anda perasan bahawa tiada pilihan opsyen mata pelajaran kan? Anda boleh buat pengisian atau pemilihan opsyen mata pelajaran yang anda mahu melalui email setelah permohonan melalui mySPP dibuat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk langkah demi langkah membuat pengisian opsyen mata pelajaran melalui email.

PANDUAN PENGISIAN OPSYEN MATA PELAJARAN

Langkah 1:

Isi dan lengkapkan permohonan di sistem MySPP. Bagi yang belum daftar, anda boleh daftar sekarang. Bagi yang dah daftar tetapi belum mohon, anda boleh mohon sekarang ikut panduan berikut:

Langkah 2:

Pastikan anda buat permohonan dalam tempoh yang tetapkan, iaitu bermula 7 Julai sehingga 21 Julai 2021. Mohon opsyen iklan iklan yang ditawarkan.

Langkah 3:

Pilih opsyen mata pelajaran yang sesuai dengan kelayakan ijazah yang anda ada. Apa yang perlu anda buat adalah semak syarat kelayakan akademik bagi mata pelajaran yang anda nak mohon. Mana nak semak? Senarai mata pelajaran dan syarat kelayakan bagi setiap mata pelajaran boleh disemak di sini:

Langkah 4:

Buat 1 Folder di Google Drive anda dengan nama folder letak Nombor Kad pengenalan (tanpa sengkang)_kod opsyen yang dipohon. Dalam folder itu, masukkan semua dokumen yang telah discan dengan menggunakan format pdf dan NAMAKAN fail dengan tepat.

Langkah 5:

Copy link Google Drive yang mengandungi folder yang dibuat tadi.

Langkah 6:

Buat satu email rasmi ikut format surat rasmi permohonan (dalam email, bukan surat guna word) mengikut format SPP. Contoh email:

[Lengkap] Panduan Pilih Opsyen Mata Pelajaran Untuk Mohon Pengambilan Khas Guru KPM

Langkah 7:

Masukkan link Google Drive yang anda Copy tadi di email surat yang dihantar ke email SPP.

Langkah 8:

Hantar ke alamat email mengikut Opsyen yang kita nak mohon. Anda boleh semak alamat email bagi setiap opsyen di perkongsian bawah. Pastikan e-mel dihantar dengan tajuk e-mel yang betul.

ALAMAT EMAIL SETIAP OPSYEN

Pastikan anda hantar email permohonan ke alamat email yang berikut mengikut opsyen yang anda mahu:

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma