AgroMakanan PENJANA: Mohon Pembiayaan Hingga RM50,000 Buat Usahawan & Golongan B40
AgroMakanan adalah skim kemudahan pembiayaan yang ditawarkan melalui Agrobank di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) kepada komuniti usahawan mikro dan B40 yang terlibat dalam sektor ekonomi pertanian berasaskan makanan. Pembiayaan ini bertujuan untuk membantu usahawan mikro yang terjejas akibat penularan pandemik Covid-19.
Skim pembiayaan di bawah skim ini melibatkan aktiviti berasaskan pengeluaran makanan yang merangkumi keseluruhan rantaian pembekalan bermula dari pengeluaran hasil sumber makanan, pemprosesan, pengedaran, pemasaran dan perkhidmatan penyediaan makanan.
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai pembiayaan yang ditawarkan, rujuk info di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PEMBIAYAAN
- Nama program: Skim AgroMakanan PENJANA
- Tempoh pembiayaan: Maksima sehingga 5 tahun (60 bulan)
- Kadar keuntungan: 3.5% setahun atas baki pembiayaan
- Jumlah pembiayaan: Sehingga RM50,000
OBJEKTIF PEMBIAYAAN
Matlamat tawaran Skim Pembiayaan AgroMakanan PENJANA ini adalah:
- Menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan Mikro terutamanya komuniti Agro di bawah kategori B40 yang terlibat dengan aktiviti pertanian dan pengeluaran makanan yang terjejas.
JENIS PERNIAGAAN YANG LAYAK
Usahawan mikro dan juga usahawan kategori B40 yang terlibat dalam aktiviti pertanian dan pengeluaran makanan. Antara aktiviti perniagaan yang layak dibiayai adalah seperti berikut:-
- Aktiviti penanaman, penternakan (termasuk akuakultur) dan penangkapan ikan yang bertujuan bagi pengeluaran makanan.
- Aktiviti peruncitan dan pembekalan makanan termasuk yang melibatkan penghantaran dan pemasaran makanan.
- Aktiviti penyediaan makanan seperti restoran, penjaja, katering, kantin dan yang seumpama dengannya.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi memohon pembiayaan AgroMakanan PENJANA:
- Warganegara Malaysia
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sehingga 65 tahun semasa permohonan.
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.
- Tidak diisytiharkan bankrap
- Tidak mempunyai rekod kegagalan pembayaran kredit dengan mana-mana Bank.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen sokongan berikut:
- Borang Permohonan Kemudahan pembiayaan yang lengkap.
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pemohon bersama (bagi permohonan bersama).
- Penyata akaun simpanan bank atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh 6 bulan terkini.
- Salinan Pendaftaran Perniagaan atau Lesen Peniagaan bagi perniagaan yang melibatkan premis tetap.
CARA MOHON
Individu yang berminat untuk mohon pembiayaan yang ditawarkan boleh dapatkan keterangan lanjut dan borang permohonan melalui salah satu saluran berikut:
- Pusat Panggilan Agrobank di talian 1-300-88-2476
- Layari laman sesawang rasmi Agrobank www.agrobank.com.my
- Cawangan Agrobank yang terdekat