Daftar Kursus Microsoft Office SIP PERKESO Percuma. Sijil & Elaun Disediakan Buat Individu Hilang Kerja
Di bawah Sistem Insurans Pekerja (SIP) Perkeso, mereka yang kehilangan kerja boleh mengikuti Kursus Mircrosoft Office yang dibiayai yuran sepenuhnya. Kursus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran aplikasi Microsoft Office dan kebolehpasaran mereka yang kehilangan kerja untuk mendapatkan pekerjaan baru kelak.
Kursus selama 5 hari ini akan diakan secara online menggunakan platform ZOOM. Peserta akan menerima sijil penyertaan serta elaun latihan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kursus yang ditawarkan dan panduan membuat pendaftaran.
Isi Kandungan
MAKLUMAT KURSUS
- Nama kursus: Kursus Microsoft Office
- Penyedia Latihan: ArmelsAcademy Sdn Bhd
- Platform kursus: ZOOM
- Modul kursus:
– Microsoft Excel
– Microsoft Word
– Microsoft Powerpoint
SYARAT KELAYAKAN
Kursus di bawah SIP (Skim Insurans Pekerja) adalah layak bagi semua warganegara Malaysia yang telah mencarum dengan PERKESO mengikut kriteria berikut:
- Kehilangan kerja disebabkan syarikat ditutup
- Diberhentikan kerja oleh majikan
- VSS/MSS
- Ugutan atau gangguan seksual
- Kontrak ditamatkan lebih awal dari perjanjian asal
KECUALI bagi mereka yang hilang pekerjaan akibat berikut:
- Salah laku mereka sendiri – Tidak Layak
- Bersara – Tidak Layak
- Perletakan Jawatan atau berhenti secara sukarela – Tidak layak
KELEBIHAN KURSUS LATIHAN SIP
Antara kelebihan mengikuti kursus latihan di bawah SOP PERKESO adalah:
- Kursus DIBIAYAI SEPENUHNYA (PERCUMA)
- Sijil penyertaan disediakan
- Elaun latihan diberikan
CARA DAFTAR
Individu yang kehilangan kerja atau bakal hilang kerja boleh serta kursus yang ditawarkan untuk tingkatkan kebolehpasaran kerja. Pendaftaran bagi individu yang berminat boleh dibuat melalui pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Pengurus Pusat Latihan Armels Academy Sdn Bhd melalui talian 013 705 9232 (Nik).