Senarai 38 Urusan JPJ Yang Boleh Dibuat Online. Lebih Mudah, Ini Cara Daftar MySikap
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menyambut baik pengumuman Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Mohd Ali pada 29 Jun 2021 berhubung pembukaan dan pengoperasian semula perkhidmatan kaunter kerajaan ketika tempoh Fasa Pertama PKP di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka semua perkhidmatan kaunter untuk transaksi berkaitan kenderaan komersial dan persendirian mulai 1 Julai KECUALI mana-mana perkhidmatan yang boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal awam mySIKAP atau rakan strategik JPJ yang menawarkan perkhidmatan jabatan.
Ini bermaksud JPJ hanya akan membuka urusan di kaunter JPJ untuk urusan yang tidak boleh dibuat online sahaja sepanjang PKP. Semak senarai urusan JPJ yang boleh dibuat online & cara daftar MySIKAP untuk urusan online.
Isi Kandungan
PERKHIDMATAN KAUNTER YANG BEROPERASI
Perkhidmatan kaunter agensi-agensi di bawah MOT dibuka mulai 1 Julai 2021 bersandarkan kepada ketetapan berikut:
- Urusan yang diberikan adalah semua urus niaga yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian
- Kapasiti petugas kaunter tidak melebihi 50%
- Semua urusan adalah secara temu janji berjadual dan walk in tidak dibenarkan
SENARAI URUSAN YANG BOLEH DIBUAT ONLINE
Berikut adalah senarai urusan JPJ yang boleh dibuat secara online melalui MySikap tanpa perlu ke kaunter JPJ:
2 JENIS PENDAFTARAN MYSIKAP
Berikut adalah perbezaan antara eID Standard dan eID Advanced:
eID Standard
- Tidak perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan hanya urusniaga tertentu sahaja boleh dilakukan. Tidak perlu hadir ke JPJ untuk daftar
- Boleh menggunakan 27 daripada 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online
eID Advance
- Perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan semua urusniaga yang tersenarai boleh dilakukan . Perlu hadir ke JPJ termasuk JPJ UTC untuk mendapatkan no. rujukan
- Boleh menggunakan kesemua 28 perkhidmatan di Portal JPJ Online
CARA DAFTAR MYSIKAP
Berikut adalah panduan membuat pendaftaran MySIKAP untuk membuat urusniaga JPJ secara online:
- Pergi ke laman web https://public.jpj.gov.my/
- Klik Log Masuk di bawah Daftar/ Log Masuk Kali Pertama
- Isikan maklumat di ruangan yang disediakan sehingga langkah 3. Klik Teruskan untuk ke langkah berikutnya.
- Semak Emel untuk dapatkan kata laluan sementara
- Pergi semula ke laman https://public.jpj.gov.my/public/login.zul untuk log masuk. Masukkan ID, kata laluan dan klik Log Masuk
Rujuk panduan berikutnya di infografik bawah:
Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di laman web rasmi www.jpj.gov.my.