Tingkatan 6 Kampus UKM & USM 2026: Tak Jejaskan UPU, Matrikulasi Atau IPG (Ramai Masih Salah Faham) •Semakan keputusan e-UKCG PISMP 2026 Dibuka 29 April: Cara Semak & Apa Perlu Buat Seterusnya •Cara Mohon SIP PERKESO 2026 (EIS): Bantuan Kewangan Jika Hilang Kerja & Peluang Kerja Baharu •SIDDIK 2026: Sumbangan Pendidikan RM100 Anak Muzakki Selangor (Cara Mohon & Syarat) •Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) • Tingkatan 6 Kampus UKM & USM 2026: Tak Jejaskan UPU, Matrikulasi Atau IPG (Ramai Masih Salah Faham) •Semakan keputusan e-UKCG PISMP 2026 Dibuka 29 April: Cara Semak & Apa Perlu Buat Seterusnya •Cara Mohon SIP PERKESO 2026 (EIS): Bantuan Kewangan Jika Hilang Kerja & Peluang Kerja Baharu •SIDDIK 2026: Sumbangan Pendidikan RM100 Anak Muzakki Selangor (Cara Mohon & Syarat) •Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •

Borang Profiling Ibu Tunggal 2021 JPW Perlu Diisi Untuk Kemudahan Bantuan Ibu Tunggal

Oleh Cikgu Shaari • July 2, 2021 • 2 min baca

Borang Profiling Ibu Tunggal 2021 JPW Perlu Diisi Untuk Kemudahan Bantuan Ibu Tunggal
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Perhatian SEMUA ibu tunggal di seluruh Malaysia! Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sedang mengumpul maklumat Ibu Tunggal untuk menyelaraskan inisiatif dan program yang sesuai untuk membantu Ibu Tunggal. Oleh itu, semua wanita yang berstatus Ibu Tunggal diminta untuk mengisi Borang Profilling Ibu Tunggal JPW yang disediakan.

Pengisian Borang Profilling Ibu Tunggal ini adalah bagi memberi data Ibu Tunggal di Malaysia kepada pihak JPW untuk kemudahan bantuan akan datang. Borang Profilling boleh diisi secara online melalui pautan yang disediakan.

Dapatkan pautan Borang Profilling Ibu Tunggal di perkongsian bawah.

TUJUAN BORANG PROFILLING IBU TUNGGAL JPW

Pengisian Borang Profilling Ibu Tunggal JPW adalah bagi:

  • Memudahkan penyelarasan inisiatif dan program yang sesuai untuk membantu Ibu Tunggal pada masa akan datang
  • Memudahkan JPW buat pengesanan Ibu Tunggal di Malaysia

TARIKH PENGISIAN BORANG PROFILLING IBU TUNGGAL JPW

Semua Ibu Tunggal di Malaysia dikehendaki mengisi Borang Profiling Ibu Tunggal JPW sehingga tempoh berikut:

  • Tarikh ahkir pengisian: 5 Julai 2021

BORANG PROFILLING IBU TUNGGAL JPW

Ibu Tunggal di Malaysia diminta untuk mengisi Borang Profilling Ibu Tunggal JPW selewat-lewatnya 5 Julai 2021 secara online melalui pautan berikut:

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ibu Tunggal yang sudi meluangkan masa mengisi borang profilling ini. Semoga dengan maklumat ini, pihak Kementerian dapat mengatur gerak tindakan yang lebih sistematik dan berkesan bagi membantu memperkasakan ibu tunggal. Justeru, maklumat yang diberikan perlu tepat dan jelas.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman facebook rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat KPWKM.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.