Permohonan Guru Khas Sekolah Kebangsaan(SK) & Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk Pengambilan Khas Guru Gred DG41 secara kontrak (Contract of Service) bagi penempatan seperti berikut:
a) Sekolah Kebangsaan (SK); dan
b) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Sila rujuk maklumat yang disertakan untuk memudahkan permohonan anda.
Isi Kandungan
KETERANGAN PROGRAM AMBILAN GURU KHAS
Di bawah merupakan keterangan program ambilan Guru Khas Sekolah Kebangsaan(SK) & Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) 2020.
1. SEKOLAH KEBANGSAAN
Penempatan bagi Sekolah Kebangsaan adalah di Semenanjung Malaysia dan Sarawak sahaja.
Nama jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41( Contract of Services)
Opsyen-Opsyen Yang Diperlukan & Bidang Berkaitan Yang Layak Memohon
Antara opsyen yang diperlukan serta bidang berkaitan yang layak membuat permohonan adalah:
Syarat Kelayakan Asas
Bagi membuat permohonan, permohonan mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan asas berikut:
- Warganegara Malaysia
- Sihat Tubuh badan
- Memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
- Bagi opsyen Bahasa Inggeris, calon perlu mencapai sekurang- kurangnya Band C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET).
- Memiliki kelulusan akademik sekurang – kurangnya seperti berikut:
(1) Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / (Cumulative Grade Point Average (CGPA)) minimum 3.0 bagi calon – calon Semenanjung Malaysia; atau
(2) Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) atau Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) atau Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / (Cumulative Grade Point Average (CGPA)) minimum 3.0 bagi calon-calon anak negeri Sarawak.
2. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC)
Penempatan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina adalah di Semenanjung Malaysia sahaja.
Nama jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 (Lantikan tetap)
Opsyen-Opsyen Yang Diperlukan & Bidang Berkaitan Yang Layak Memohon
Berikut adalah opsyen yang diperlukan serta bidang berkaitan yang layak untuk membuat permohonan:
Syarat Kelayakan Asas
Bagi pemohon yang berminat untuk membuat permohonan, anda perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan asas yang ditetapkan berikut:
- Warganegara Malaysia
- Sihat Tubuh Badan
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Awam (UA) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.0
- Memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia
- Memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di Peringkat SPM
LANTIKAN KONTRAK (CONTRACT OF SERVICES)
Nama Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 (Contract of Services)
Opsyen-Opsyen Yang Diperlukan
Antara opsyen yang diperlukan serta bidang berkaitan yang layak memohon adalah:
Syarat Kelayakan Asas
Bagi pemohon yang berminat untuk membuat permohonan, anda perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan asas yang ditetapkan berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Sihat Tubuh Badan;
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) dalam bidang berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / (Cumulative Grade Point Average (CGPA)) minimum 3.0;
- Memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;
- Bagi opsyen Bahasa Inggeris, perlu mencapai sekurang- kurangnya Band C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET); dan
- Memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM.
MAKLUMAT JAWATAN
1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41(Lantikan Tetap)
a. Jawatan / Gred: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 (Lantikan Tetap)
b. Gaji RM2,188.00
c. Pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016
2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Services)
a. Jawatan / Gred : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service);
b. Gaji RM 2,188.00;
c. Pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kontrak Gred DG41 (COS) adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2016; dan
d. Caruman PERKESO berdasarkan surat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) rujukan PKJ:KJ.208/KPM bertarikh 24 April 2019 dan surat Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.600-12/1/11(29) bertarikh 16 Mei 2019
CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
a. Calon yang sedang berkhidmat secara tetap dengan Kerajaan Malaysia;
b. Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti DPLI Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan KPM;
c. Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut;
d. Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPGM, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program;
e. Calon yang diisytiharkan bankrap;
f. Calon yang diberhentikan daripada Perkhidmatan Kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah / ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
MAKLUMAT DAN PERHATIAN
- Graduan Pendidikan UA yang dilantik secara tetap sebagai PPP Gred DG41 untuk ditempatkan di Sekolah Rendah perlu menghadiri latihan penyesuaian di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dengan pembiayaan sendiri;
- Pemohon yang diterima perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum ditemuduga bagi jawatan PPP DG41 lantikan kontrak (Contract Of Service);
- Pemohon yang lulus temuduga dan ditawarkan jawatan PPP Gred DG41 (Contract Of Service) hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat-syarat surat tawaran serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa untuk berkhidmat di mana-mana sekolah sama ada di kawasan bandar atau pedalaman;
- PPP Gred DG41 (Contract Of Service) yang tiada ikhtisas pendidikan perlu mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) secara Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan dengan pembiayaan sendiri dalam tempoh kontrak tersebut dan layak menuntut elaun perjalanan untuk menghadiri KDC tertakluk peruntukan semasa Jabatan;
- PPP Gred DG41 (Contract Of Service) tersebut dikehendaki berkhidmat sekurang-kurangnya dua (2) tahun di sekolah yang ditetapkan dan tidak akan dipertimbangkan sebarang permohonan pertukaran sepanjang tempoh kontrak;
- Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan secara e-mel dan calon dikehendaki membawa salinan cetakan e-mel semasa temu duga;
(i) Semakan berhubung panggilan dan keputusan temu duga boleh dibuat di laman web SPP ; dan
(ii) Semua pemohon perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang boleh dimuat turun daripada laman web Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari portal JobsMalaysia mulai 6 Mac 2020 hingga 20 Mac 2020 sebelum jam 11.59 malam
Anda boleh download Iklan Permohonan Guru Khas Sekolah Kebangsaan(SK) & Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) melalui pautan berikut, Iklan Permohonan.
Calon yang didapati memberi maklumat salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temuduga, lapor diri bertugas dan selama tempoh kontrak.