Fasa Kawalan Pergerakan: Sektor & Aktiviti Yang Dibenarkan Pada Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 & Fasa 4

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun 2021 telah membentangkan Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik Covid-19.  Seperti dimaklumkan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berterusan sehingga mencapai fasa keempat.

Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah strategi peralihan keluar dari kemelut pandemik Covid-19 merangkumi 4 dasar dengan pelan berperingkat. Sehingga kini, kita masih berada di fasa 1. Untuk beralih ke fasa berikutnya, terdapat indikator nilai ambang utama yang perlu dicapai.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui sektor dan aktiviti yang dibenarkan pada fasa 1 sehingga fasa 4.

FASA-FASA KAWALAN PERGERAKAN

PKP Fasa 1 (Kes melebihi 4,000)

Pelaksanaan penuh PKP 3.0 Fasa 1 akan terus dikekalkan dalam PPN sehingga 3 indikator nilai ambang utama dicapai:

  • Purata kes harian Covid-19 menurun di bawah 4,000 kes
  • Kadar penggunaan katil ICU pada paras sederhana
  • Kadar vaksinasi 2 dos lengkap capai 10%

Operasi premis makan/ restoran sepanjang PKP Fasa 1 beroperasi seperti berikut:

  • Waktu operasi: 6 pagi – 10 malam
  • SOP am PKP 3.0 masih diguna pakai

Semua aktiviti sosial dan eknomi TIDAK DIBENARKAN beroperasi kecuali sektor yang perlu disenaraikan MKN.

PKP Fasa 2 (Kes di bawah 4,000)

Apabila PKP beralih  ke fasa 2, iaitu penurunan kes di bawah 4,000 sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 8 malam. Antara sektor yang dibenarkan beroperasi adalah:

  • Pembuatan
    – Automotif
    – Seramik
    – Kilang perabot bagi tujuan eksport
    – Getah
    – Besi & Keluli
    – Simen
  • Perdagangan dan Pengedaran
    – Kedai buku & alat tulis
    – Komputer & telekomunikasi
    – Barangan elektrik
    – Kedai cuci kereta
    – Kedai gunting rambut (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)

Berikut adalah aktiviti yang dibenarkan dan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP Fasa 2:

  • Rentas daerah dan negeri TIDAK DIBENARKAN KECUALI bagi guru sekolah & pelajar kelas peperiksaan
  • Rentas negeri bagi pasangan jarak jauh DIBENARKAN bagi kes kecemasan dengan kelulusan Polis
  • Operasi restoran, kedai dan gerai makan dari 6 pagi hingga 10 malam
  • Pasar tani dan pasar pagi DIBENARKAN beroperasi dari 7 pagi hingga 11 pagi (terhad 6 komoditi iaitu sayuran, buah, barangan runcit, ayam proses, makanan laut dan daging)
  • Pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu masih tidak dibenarkan dibuka
  • Semua aktiviti sukan dan rekreasi dan tidak bersentuhan fizikal dibenarkan

PKP Fasa 3 (Kes di bawah 2,000)

Fasa Ketiga PKP dilaksanakan sekiranya negara berjaya capai nilai ambang iaitu purata kes harian COVID-19 bawah 2,000 kes.

  • SEMUA aktiviti ekonomi DIBENARKAN beroperasi KECUALI yang berisiko tinggi seperti:
    – Spa
    – Pedicure & Menicure
    – Pub & Kelab malam
  • Rentas daerah DIBENARKAN
  • Rentas negeri masih TIDAK DIBENARKAN
  • Dine-in di restoran dibenarkan terhad kepada 2 orang semeja dengan penjarakan fizikal
  • Kapasiti penumpang teksi & khidmat e-hailing ditingkatkan kepada 3 orang termasuk pemandu
  • Pasar malam, pasar tani, pasar minguu & pasar tamu dibenarkan beroperasi mengikut SOP
  • Salon kecantikan dibenarkan beroperasi
  • Pembukaan sektor pendidikan tertakluk kepada Takwim KPM & KPT serta penilaian risiko semasa KKM
  • Aktiviti sosial masih TIDAK DIBENARKAN
  • Kelonggaran untuk menerima tetamu di kediaman terhad 10 orang satu-satu masa
  • Aktiviti pelancongan dalam negeri DIBENARKAN tertakluk kepada penilaian risiko semasa & SOP yang ketat
  • Industri kreatif dibenarkan beroperasi tanpa penonton

PKP Fasa 4 (Kes di bawah 500 atau rendah)

PKP Fasa 4 akan dilaksanakan apabila:

  • Bilangan kes Covid-19 adalah rendah
  • Sistem kesihatan awam di tahap selamat
  • Program vaksinasi mencapai tahap imuniti berkelompok

Dalam PKP fasa terakhir ini:

  • Membolehkan kita semua kembali semula kepada norma kehidupan seharian
  • Hampir kesemua sektor dibenarkan sepenuhnya tertakluk kepada SOP.

Semoga perkongsian ini dapat membantu orang ramai lebih faham fasa peralihan PKP di negara kita serta aktiviti yang dibenarkan dalam semua fasa. Orang ramai dinasihatkan untuk terus mengikut perintah kerajaan dan kurangkan pergerakan bagi sama-sama mengurangkan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma