Kerana 1 Sen, Hutang PTPTN Boleh Jadi RM515. Ini Puncanya & Pengajaran Buat Peminjam PTPTN
Sudah menjadi tanggungjawab peminjam pinjaman Pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk bayar balik keseluruhan pinjaman setelah tamat belajar. Kecuali bagi peminjam yang mendapat keputusan cemerlang, iaitu tamat pengajian dengan keputusan Kelas Pertama yang dapat pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN.
Jika anda merupakan peminjam yang masih menanggung hutang PTPTN sehingga kini, sila ambil pengajaran daripada perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Cikgu Fateema ini. Akibat daripada tidak sedar ada hutang tertunggak 1 sen, hutang beliau telah menjadi RM515 selepas 6 tahun!
Ikuti perkongsian di bawah untuk tahu bagaimana kisah hutang 1 sen boleh jadi sehingga RM515.
Isi Kandungan
KERANA 1 SEN, HUTANG PTPTN JADI RM515 LEPAS 6 TAHUN
Seorang wanita yang kongsikan kisahnya dikenali sebagai Cikgu Fateema. Menurutnya, beliau telahpun menyelesaikan hutang pinjamannya pada tahun 2015. Namun baru-baru ini dia terkejut setelah menerima makluman yang dirinya masih berhutang dengan PTPTN sebanyak RM515!
Bila mengajukan pertanyaan melalui laman Facebook rasmi PTPTN, beliau telah dimaklumkan ini adalah kerana hutang tertunggak bernilai RM0.01 dan apabila dicongak semula nilainya selepas 6 tahun menjadi RM515.
Kekeliruan ini berlaku apabila ada kos lain yang mungkin dimaksudkan adalah seperti servis, insuran dan kadar faedah pinjaman.
Setiap bulan, jumlah hutangnya bertambah selagi ia masih belum dibayar. Sehinggalah 6 tahun baru perasan perkara ini.
Menurut Cikgu Fateema, pada 6 tahun lalu, beliau masih ingat apabila PTPTN minta beliau menunggu selama sebulan sebelum surat dari mereka tiba. Namun surat yang ditunggu tidak sampai hingga menyebabkan dia terlupa mengenainya.
Cikgu Fateema turut membayar baki pinjaman menggunakan duit KWSP dan urusan jumlah bayaran akhir itu akan diuruskan PTPTN bersama KWSP. Jika dilihat di ruangan komen, rupanya ramai lagi yang senasib dengan Cikgu Fateema.
Menurut perkembangan terbaru Cikgu Fateema memaklumkan yang kesnya sudah selesai. Malah di juga sudah menerima surat mengesahkan penyelesaian hutangnya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap peminjam perlu ambil pengajaran daripada kes Cikgu Fateema ini. Pastikan anda buat langkah penting ini apabila selesaikan hutang PTPTN:
- Simpan semua dokumen penting untuk dijadikan bukti penyelesaian hutang
- Hubungi pegawai PTPTN untuk tahu status hutang
- Semak status bayaran hutang PTPTN secara online
- Pastikan anda dapatkan surat pengesahan pelepasan pinjaman PTPTN
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan pengajaran untuk peminjam di luar sana. Ingat, hutang kita adalah tanggungjawab kita.