SOP Pelaksanaan Ibadah Korban Di Wilayah Persekutuan Tahun 2021

Masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan dibenarkan melaksanakan ibadah korban sempena hari raya Aidiladha tahun ini yang akan tiba tidak lama lagi. Had kapasiti sembelih korban yang dibenarkan kehadiran termasuk petugas adalah tidak melebihi 12 orang.

Semua kebenaran adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan demi memastikan ibadah korban tahun ini dapat dihayati dan kemaslahatan semua pihak sentiasa terpelihara.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui SOP pelaksanaan ibadah korban di Wilayah Persekutuan.

SOP Pelaksanaan Ibadah Korban Di Wilayah Persekutuan Tahun 2021

DI MASJID & SURAU

  • Pelaksanaan ibadah korban dibenarkan
  • Namun proses penyembelihan, lapah, potong dan pembungkusan daging hanya dibenarkan di:
    – Rumah sembelihan JPV
    – Rumah sembelihan ruminan swasta dilesenkan JPV

DI KAWASAN LAPANG SELAIN MASJID & SURAU

  • Dibenarkan dengan kebenaran PBT, JPV, JAWI & PKD
  • Sembelihan haiwan tidak lebih 5 ekor sehari
  • Kehadiran tidak lebih 12 orang termasuk petugas

AGIHAN DAGING KORAN

Agihan daging korban mestilah dibuat secara terus kepada:

  • Peserta ibadah korban
  • Fakir miskin mengikut senarai ditetapkan
  • Golongan sasaran
  • Petugas barisan hadapan

Walaubagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk mengikut penyelarasan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui pejabat pentadbiran zon. Sebarang maklumat lanjut berkenaan SOP pelaksanaan ibadah korban di Wilayah Persekutuan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma