Maksud Pengambilan Khas Guru Secara One-Off & Syarat Kelayakan Pemohon
Kementerian Pendidikan baru-baru ini telah mengumumkan akan mengambil 18,702 Pegawai Pendidikan Gred DG41 secara ‘one-off’ untuk mengatasi kekurangan guru di negara ini khususnya membabitkan negeri dan mata pelajaran tertentu.
18,702 adalah satu jumlah yang sangat besar! Inilah peluang untuk graduan mohon pengambilan yang akan dibuka tidak lama lagi, iaitu iklan tawaran dijangka akan dikeluarkan pada 7 Julai 2021. Pasti ramai yang tidak faham kan apa sebenarnya pengambilan khas guru secara one-off ini?
YBRS Dr Ahmad Rafee Bin Che Kassim selaku Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pengambilan Profesionalisme Keguruan) hari ini telah memberi penjelasan mengenai pengambilan guru secara one-off.
Isi Kandungan
PENGAMBILAN KHAS GURU SECARA ONE-OFF
Pengambilan khas guru secara one-off ini bermaksud pengambilan khas yang dibuat sekali sahaja, tetapi dengan jumlah yang besar. Ini adalah dengan tujuan untuk menyerap graduan pendidikan yang tiada pekerjaan termasuk juga graduan bukan pendidikan yang layak.
- Jawatan perkhidmatan yang ditawarkan adalah bergred DG41
- Seramai 18,702 orang guru akan ditempatkan
- Merupakan usaha KPM dengan kerjasama JPA dan SPP
- Pemilihan, saringan, temuduga dan pelantikan akan diuruskan oleh SPP
- Penempatan akan diuruskan oleh KPM
TUJUAN PENGAMBILAN KHAS GURU
Tujuan pengambilan guru besar-besaran secara one-off ini adalah untuk:
- Mengatasi jurang kekurangan guru
- Menyahut Pelan Pemulihan Negara
PERBEZAAN PENGAMBILAN KHAS & PENGAMBILAN BIASA
Apa yang membezakan pengambilan khas dan pengambilan biasa setiap tahun adalah:
- Jumlah pengambilan guru setiap tahun biasanya 5,000 sahaja, manakala pengambilan khas akan menempatkan 18,702 guru
- Pengambilan biasa adalah untuk menggantikan guru yang bersara dan pembukaan sekolah baharu/ matapelajaran yang memerlukan guru, manakala pengambilan khas ini adalah bagi menutup jurang kekurangan guru
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON?
Kategori pemohon yang layak untuk membuat permohonan pengambilan khas guru secara one-off ini adalah:
- Graduan yang memiliki iktisas (IPG)
- Graduan Sarjana Muda dengan Pendidikan
- Graduan Sarjana Muda awam yang memiliki Diploma Pendidikan
- Graduan yang tidak memiliki SM dengan pendidikan juga boleh memohon (mengikut kesesuaian bidang dan perlu menjalani Diploma Pendidikan sebelum lantikan)
Bagaimana dengan graduan pendidikan yang tidak mempunyai kekosongan dalam opsyen mereka?
- Akan melihat kesesuaian opsyen pertama dengan kedua
- Contoh: Guru Kimia yang berjaya temuduga akan ditempatkan sebagai guru matapelajaran Sains
PROSES PERMOHONAN
- Iklan tawaran akan dikeluarkan pada 7 Julai 2021
- Permohonan akan diuruskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Buat masa ini, permohonan Pegawai Pendidikan Gred 41 boleh dibuat di bawah:
STATUS PENEMPATAN
- Pemohon yang layak akan mula mendapat penempatan pada Oktober 2021
- Bakal guru dinasihatkan agar BERSEDIA untuk ditempatkan di mana-mana sahaja demi memenuhi keperluan negara
Graduan yang berminat dengan kerjaya sebagai guru boleh rebut peluang yang sangat jarang dibuka ini. Inilah peluang anda untuk menjadi seorang guru. Jangan terlepas peluang ini, pastikan anda sentiasa tunggu makluman terbaru dari pihak KPM dan SPP.