Permohonan Anugerah Pingat Emas & Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM & STAM Yayasan Terengganu
Pihak Pengurusan Yayasan Terengganu bersetuju untuk memberi Anugerah Pingat Emas dan Hadiah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu sebagai pengiktirafan kepada anak Terengganu yang cemerlang di peringkat SPM, STPM & STAM yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Pelajar Terengganu Lepasan SPM, STPM & STAM tahun 2021 sama ada bersekolah di Terengganu mahupun luar Terengganu yang mendapat keputusan cemerlang adalah dipelawa untuk memohon.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan cara membuat permohonan.
Isi Kandungan
SYARAT PERMOHONAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Pemohon/ pelajar mesti mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan masing-masing seperti berikut:
SPM: Semua A (A+, A, A-)
STPM: PNGK 3.84 – 4.00
STAM: Mumtaz - Ibu atau bapa/penjaga pemohon/ pelajar lahir di Negeri Terengganu; ATAU
- Ibu dan bapa/penjaga pemohon/ pelajar bermastautin di negeri Terengganu secara terus menerus tidak kurang dari sepuluh (10) tahun dan mempunyai niat akan terus menetap di Terengganu dengan mengemukakan SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN
- Ibu atau bapa pemohon/ pelajar mestilah PEMILIH BERDAFTAR DI DUN NEGERI TERENGGANU
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan buat calon yang layak boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:
- 23 Ogos 2022 hingga 22 September 2022
DOKUMEN DIPERLUKAN
Semua fail dibawah dimuat naik dengan diletakkan dalam satu zip fail atau digabungkan dalam 1 PDF file:
- Kad pengenalan pemohon/ pelajar, ibu dan bapa/ penjaga yang telah DISAHKAN
- Surat pengesahan bermastautin sekiranya ibu dan bapa BUKAN RAKYAT TERENGGANU yang telah DISAHKAN
- Keputusan peperiksaan SPM/ STPM/ STAM yang telah DISAHKAN
- Sijil-sijil kegiatan kokurikulum yang DISAHKAN
- Kad pengenalan pemohon/ pelajar, ibu dan bapa/ penjaga yang telah DISAHKAN
CARA MEMOHON
Borang permohonan Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu 2022 dan Hadiah Kecemerlangan pelajar SPM, STPM & STAM 2021 bagi yang berkelayakan boleh DIISI SECARA ATAS TALIAN melalui pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu di talian berikut:
- Tel: 09 6221733
- Email: info@yt.gov.my