Permohonan Biasiswa Yayasan TM Untuk Lepasan SPM Kini Dibuka

Yayasan Telekom Malaysia (TM) menyediakan biasiswa penuh untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah berjaya tamat persekolahan dan bakal melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Lepasan SPM yang berminat boleh mohon segera!

Permohonan Biasiswa Yayasan TM di bawah program YTM Future Leaders Scholarship bagi lepasan SPM yang memenuhi syarat kelayakan boleh dibuat secara online melalui laman web rasmi TM sebelum tarikh tutup yang dinyatakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan cara membuat permohonan Biasiswa TM.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup permohonan berikut:

  • 30 Jun 2022

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Lepasan SPM dengan keputusan minimum 6A
  • Aktiif dalam kokurikulum
  • Pendapatan keluarga kurang daripada RM20,000 sebulan
  • Tidak mempunyai saudara yang merupakan penerima Biasiswa TM

BIDANG PENGAJIAN

Biasiswa TM disediakan untuk lepasan SPM yang sambung belajar dalam bidang pengajian berikut:

  • Kejuruteraan
  • Teknologi Maklumat
  • Pengurusan
  • Multimedia Kreatif

CARA MEMOHON

Calon lepasan SPM yang berminat untuk dapatkan Biasiswa Yayasan TM ini boleh buat permohonan segera sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 30 Jun 2022. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut:

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan biasiswa, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian berikut:

  • Khairul Izam: 011 3609 8927
  • Abdul Salam Muda: 011 4048 9492

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma