Permohonan Biasiswa PNB Tahun 2022 Buat Lepasan SPM Kini Dibuka
Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini membuka tawaran Anugerah Biasiswa PNB khas untuk memberi peluang kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk melanjutkan pengajian di universiti awam, universiti swasta terpilih serta universiti terkemuka di luar negara.
Permohonan bagi Biasiswa PNB 2022 adalah dibuka kepada calon-calon lepasan SPM 202. Para pemohon yang berjaya akan mengikuti pengajian di kolej persediaan tempatan yang ditetapkan oleh PNB sebelum meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara, tertakluk kepada kelulusan PNB.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa yang ditawarkan dan cara membuat permohonan.
Isi Kandungan
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan Biasiswa PNB tahun 2022 bagi pelajar lepasan SPM 2021 yang layak dibuka sehingga:
- Tarikh tutup: 24 Jun 2022
Permohonan hanya terbuka kepada calon yang telah mendapat TAWARAN BERSYARAT daripada universiti tertentu di United Kingdom (UK) atau Amerika Syarikat (AS) untuk mengikuti program sarjana muda yang berkaitan dengan perniagaan teras PNB.
SYARAT PERMOHONAN BIASISWA PNB 2022
Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
Syarat Kelayakan Minima
- Memperolehi gred minima 8A (A+ (Cemerlang Tertinggi) dan A (Cemerlang Tinggi) sahaja) bagi Sijil Pelajaran Malaysia 2020. Gred A– (Cemerlang) tidak diambil kira sebagai salah satu dari keperluan gred minima 8A.
- Memperolehi gred minima 2A bagi subjek Bahasa Inggeris 1119 (GCE-O) Sijil Pelajaran Malaysia 2021.
- Umur pemohon tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari 2022.
- Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan serta mempunyai kualiti kepimpinan serta semangat kerja berpasukan yang tinggi.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang cemerlang.
- Tiada keluarga terdekat yang pernah atau sedang menerima mana-mana Anugerah Biasiswa daripada PNB.
Syarat Tawaran Biasiswa
- Pemohon yang berjaya akan mengikuti pengajian persediaan di kolej persediaan dalam negara (Malaysia) yang ditetapkan oleh PNB sebelum menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara yang ditetapkan dan berdasarkan kelulusan PNB.
- Pemohon dikehendaki menulis di Bahagian IV dengan teliti tiga (3) pilihan program pengajian sahaja kecuali Perubatan, Farmasi, Pergigian dan program pengajian yang tidak berkaitan dengan perniagaan teras PNB.
- Setelah lulus pengajian peringkat persediaan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh PNB, pemegang biasiswa perlu mendapat tempat di universiti luar negara yang ditetapkan oleh PNB untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda.
SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah senarai dokumen wajib untuk disertakan bersama borang permohonan:
- Gambar berukuran pasport
- Salinan MyKad Pemohon
- Salinan Slip Keputusan Penuh SPM 2021
- Salinan Slip Gaji Bulanan Terkini (2022) Bapa dan Ibu atau Penjaga; atau
- Salinan Penyata Pendapatan untuk LHDN Terkini (Penggajian/Perniagaan) Ibu dan Bapa atau Penjaga; atau
- Salinan Kad Pesara Dan Slip Penyata Bayaran Pencen Bulanan Terkini
- Salinan Sijil Penilaian Ko-kurikulum Sekolah Menengah.
– Sijil Penilaian Ko-kurikulum yang memaparkan Markah Purata Terkumpul (PNGK).
– Salinan “Resume”, Testimoni atau Folio Peribadi TIDAK PERLU disertakan.
– Salinan sijil-sijil aktiviti ko-kurikulum yang lain TIDAK PERLU disertakan. - Salinan Sijil Berhenti Sekolah
CARA MOHON
Lepasan SPM yang berminat untuk mohon biasiswa PNB 2022 boleh buat permohonan dengan menghantar Borang Permohonan yang telah lengkap diisi dan disertakan bersama dokumen yang dinyatakan. Borang permohonan boleh diisi secara atas talian melalui laman berikut:
PNB berhak menolak permohonan yang tidak lengkap, palsu atau diragui kesahihan butirannya pada bila-bila masa setelah PNB menerima Borang Permohonan tersebut. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke https://www.pnb.com.my/. Klik pautan di bawah untuk download borang permohonan.