Tawaran Penajaan JPA Untuk Lepasan SPM Mengikuti Program Khas Jepun, Korea, Perancis, Jerman (JKPJ)

Jabatan Perkhidmatan Awam kini membuka tawaran penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada semua pelajar lepasan SPM yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara negara berkenaan.

Pelajar yang berminat boleh ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan panduan lanjut permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Lepasan SPM yang berminat dengan tawaran tajaan JPA boleh buat permohonan sepanjang tempoh berikut:

  • 16 Jun hingga 26 Jun 2022

PROGRAM PENGAJIAN

Pelajar yang layak akan mengikuti program persediaan dalam bidang:

  • Kejuruteraan
  • Sains dan teknologi
  • Sains Sosial

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berikut:

  • Jepun
  • Korea
  • Perancis
  • Jerman

STRUKTUR PENGAJIAN PROGRAM KHAS JKPJ

Struktur pengajian bagi Program Khas JKPJ adalah seperti berikut:

SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum permohonan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama;
  • Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali;
  • Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki
  • Memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan (semak di bawah perkongsian ini)

TARIKH PENTING PERMOHONAN

  • Permohonan dibuka: 16 Jun 2022
  • Permohonan ditutup: 26 Jun 2022
  • Semakan panggilan SAC: AKAN DIKEMASKINI
  • Tempoh SAC: AKAN DIKEMASKINI
  • Jangkaan Keputusan: AKAN DIKEMASKINi

CARA MEMOHON

Lepasan SPM yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat dengan program yang ditawarkan boleh buat permohonan sekarang sebelum 26 Jun 2022. Permohonan boleh dibuat secara online di pautan berikut:

Keputusan permohonan penajaan Program Khas JKPJ ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/.

Pelajar yang tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya. Dapatkan maklumat lanjut program ditawarkan di bawah:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma