Semua Bayaran Perkhidmatan Kerajaan Secara Elektronik Mulai 2022, Tiada Lagi Tunai
Kementerian Kewangan akan memastikan pembayaran semua perkhidmatan kerajaan dibuat secara tanpa tunai menjelang tahun 2022 dalam usaha untuk menangani rasuah. Menurut Menteri Kewangan , pembayaran tanpa tunai akan membawa kepada keselamatan transaksi yang lebih tinggi, koordinasi lebih baik, selain menambah baik komunikasi inisiatif anti rasuah dan lebih memudahkan perkongsian maklumat.
Setakat akhir tahun lalu, 60% jumlah kutipan oleh kerajaan adalah menerusi e-pembayaran, iaitu pembayaran secara elektronik.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pelaksanaan pembayaran secara elektronik menjelang tahun 2022.
Isi Kandungan
APA ITU E-PEMBAYARAN
e-pembayaran adalah kaedah pembayaran secara elektronik menggunakan mode bayaran TANPA TUNAI (kad kredit, kad debit, kad caj, kad prabayar & lain-lain) melalui pelbagai saluran bayaran (terminal kad pembayaran (POS), ATM, kios, perbankan internet, pembayaran mudah alih, portal agensi, gerbang pembayaran kerajaan dan lain-lain).
OBJEKTIF BAYARAN ELEKTRONIK
Antara objektif kerajaan akan melaksanakan bayaran perkhidmatan secara elektronik sepenuhnya adalah:
- Kselematan transaksi lebih tinggi
- Penyelarasan lebih baik
- Komunikasi usaha antorasuah dipertingkatkan
- Perkongsian maklumat lebih mudah
INISIATIF PENDIGITALAN SETAKAT INI
Antara inisiatif pendigitalan setakat ini adalah:
- Beralih kepada sistem kad pengenalan elektronik
- Pengesahan identiti secara biometrik
- Bantuan langsung tanpa menggunakan tunai