INSKEN eBizClinic: Daftar Program Bimbingan Percuma Bantu Usahawan Ketika PKP
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) mengambil inisiatif membantu usahawan untuk kekal teguh bagi menghadapi krisis pandemik Covid-19 dengan menawarkan konsultasi percuma kepada golongan usahawan.
Dengan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial atau ‘total lockdown’ di seluruh negara sehingga 14 Jun 2021, prestasi ekonomi usahawan dijangka merosot ekoran semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Justeru, INSKEN telah mengambil langkah segera dengan terus memperkasa program sedia ada INSKEN e-BizClinic bagi terus membantu dan membimbing usahawan-usahawan yang terkesan ekoran pandemik ini agar perniagaan mereka dapat bertahan dan terus beroperasi walaupun dalam kadar minimum.
Isi Kandungan
INSKEN e-BizClinic
INSKEN e-BizClinic merupakan inisiatif konsultasi percuma yang diberikan oleh BisKaunselor INSKEN kepada usahawan yang bertujuan:
- membantu, memperbaiki serta menambah baik perniagaan mereka.
KEISTIMEWAAN SERTAI INSKEN EBIZCLINIC
Keistimewaan inisiatif ini adalah:
- Usahawan akan dibimbing secara ‘one-to-one’ menerusi sesi atas talian (online) dengan menggunakan platform-platform bersesuaian yang boleh diakses oleh kedua-dua pihak seperti Google Meet, Zoom dan WhatsApp Video Call.
- Usahawan-usahawan berpeluang untuk berbincang bersama BisKaunselor bagi merangka tindakan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam perniagaan.
- BisKaunselor juga akan memberikan panduan dan cadangan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi selain memberikan pendedahan dan informasi mengenai bantuan-bantuan perniagaan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu usahawan.
- Sesi konsultasi yang fleksibel ini dilaksanakan minimum selama 20 minit tiada penetapan had masa untuk usahawan berbincang mengenai masalah yang dihadapi
Usahawan digalakkan untuk mendapatkan maklumat serta bersoal jawab sebanyak yang mungkin agar matlamat mereka tercapai khususnya dalam memperbaiki dan memperkukuhkan perniagaan.
CARA DAFTAR
Usahawan yang berminat untuk dapatkan konsultasi percuma melalui INSKEN e-BizClinic boleh buat pendaftaran sekarang melalui laman berikut:
Usahawan perlu sentiasa merebut peluang serta inisiatif yang telah disediakan oleh pihak kerajaan dan agensi khususnya dalam kategori pembangunan usahawan. Untuk maklumat lanjut berkenaan program keusahawanan yang ditawarkan oleh INSKEN, anda boleh rujuk di laman web https://www.insken.gov.my/.