BKSS 6.0: Bantuan RM250 Selama 6 Bulan Buat Isi Keluarga & RM500 Bujang Di Sarawak

Kerajaan Sarawak telah mengumumkan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 dengan perbelanjaan sebanyak RM1.4 biliion bagi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup dan menghadapi saat-saat gentir ketika pendemik ini.

Memahami masalah rakyat yang ramai terjejas akibat pelaksanaan PKP, bantuan kewangan dan bantuan diskaun akan diberikan kepada semua golongan tanpa sisihkan golongan yang terjejas.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 yang telah diumumkan.

SENARAI BANTUAN BKSS 6.0

Berikut adalah senarai bantuan BKSS 6.0 untuk rakyat Sarawak:

1) Bantuan Tunai BKSS 6.0

  • Ketua Isi Rumah (KIR) B40 akan menerima pembayaran tunai:
    – RM250 sebulan untuk tempoh enam bulan mulai 31 Julai hingga 31 Disember 2021
  • Manakala individu bujang B40 yang berumur 21 tahun ke atas menerima pembayaran tunai:
    – RM500 secara sekali bayar (one-off).

Senarai penerima bantuan berdasarkan pada semua data penerima BKSS B40 sebelum ini termasuk senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

Pembayaran akan dimasukkan ke akaun bank masing-masing atau yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

2)Elaun Bulanan Khas Barisan Hadapan (Frontliner)

Pekerja Barisan Hadapan akan menerima bayaran elaun bulanan khas selama 6 bulan seperti berikut:

  • Anggota Kesihatan (Doktor perubatan,Jururawat,kakitangan perubatan di hospital,klinik & pusat kuarantin) :
    – RM300 sebulan selama 6 bulan di seluruh Sarawak.
  • Imigresen:
    – RM250
  • PDRM & Bilik Gerakan Negeri:
    – RM200
  •  ATM yang menjaga sempadan dan membantu menjaga ketenteram awam:
    – RM200
  • Anggota RELA:
    – RM200
  • Anggota KASTAM:
    – RM200
  • Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan :
    – RM200
  •  Anggota BOMBA & PENYELAMAT(kecemasan dan kerja sanitasi):
    – RM200
  • Anggota APM(yang membantu PDRM & ATM) :
    -RM200

3) Tunai RM1,500 Buat Pengamal media

Pembayaran tunai sebanyak RM1,500 secara sekali bayar kepada pengamal media barisan hadapan.

4) Geran Khas BKSS 6.0: Bantuan RM1,500 Buat Peniaga

Geran khas berjumlah RM1,500 akan diberikan kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang akan dibayar secara dua peringkat iaitu:

  • RM750 pada Julai
  • RM750 Disember

5) Bantuan Pemilik & Pengendali Penambang

Bantuan tunai secara sekali bayar sebanyak RM500 kepada pemilik dan pengendali penambang berdaftar di negeri Sarawak.

6) Bantuan Kewangan RM600 Untuk Pengendali Van, Teksi & Bas

Bantuan kewangan secara sekali bayar sebanyak RM600 kepada 960 pengendali van penumpang, 1,980 pemandu teksi dan 740 pengendali bas dan van sekolah berdaftar di negeri ini.

7) Bantuan Tunai RM500 Untuk Pemandu Perkhidmatan e-Panggilan & Pengajar Sekolah Pemandu

Bantuan kewangan sebanyak RM500 secara sekali bayar pula akan diberikan kepada pemandu perkhidmatan e-panggilan dan pengajar sekolah memandu yang pembayarannya dibuat melalui aplikasi Sarawak Pay.

8) Bantuan Agensi Pelancongan & Operator Homestay

Bantuan kewangan sekali bayar sebanyak:

  • RM3,000

Untuk 216 agensi pelancongan berlesen, RM600 untuk 568 Operator Homestay berlesen.

9) Bantuan Kewangan Pemandu Pelacong & Pemandu Kenderaan Pelancong

  • RM1,500 untuk Pemandu Pelancong dan 173 Pemandu Pelancong Taman Negara
  • RM500 untuk 99 Pemandu Kenderaan Pelancong berlesen

10) Diskaun Bil Air

  • Diskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri
  • diteruskan mulai Julai hingga Disember 2021
  • Diskaun ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 647,000 isi rumah di seluruh Sarawak

11) Diskaun Bil Elektrik

  • Diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri
  • Diteruskan untuk bulan Julai hingga Disember 2021.

12) Pengecualian Sewa Untuk PKS

Kerajaan Sarawak akan meneruskan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik Badan-Badan Berkanun dan syarikat-syarikat GLC Negeri seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi tempoh 6 bulan lagi iaitu:

  • Julai hingga Disember 2021

13) Diskaun 50% Sewa Skim Perumahan HDC

  • Diskaun 50% sewa Skim Perumahan HDC akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021.
  • Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 3,200 penyewa Skim Perumahan HDC di seluruh Sarawak.

14) Diskaun Sewa Pasar & Gerai PBT

Diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk peniaga dan penjaja akan diteruskan bagi bulan :

  • Julai hingga Disember 2021.

15) Diskaun 25% Cukai Pintu

Diskaun 25% untuk taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk Kadar Cukai Pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas mulai:

  • Julai hingga Disember 2021

PENERIMA BANTUAN YANG LAYAK

Senarai penerima bantuan adalah berdasarkan pada semua data penerima BKSNN sebelum ini termasuklah senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

Langkah ini melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM970 juta dan akan memberi manfaat kepada lebih daripada satu juta penerima.

Sekurang-kurangnya pelaksanaan BKSS 6.0 kali ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat yang mengalami kesulitan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma