KKM Tawarkan Biasiswa Bagi Mengikuti Kursus Bachelor Of Science (Nursing) Di Australia

Dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempelawa Jururawat Terlatih (Malaysian Registered Nurse) untuk mengikuti Bachelor of Science (Nursing) secara sepenuh masa selama 24 bulan di bawah Program A.I.F Malaya Nursing Scholarship mulai Bulan Februari 2022 di Curtin University School Of Nursing.

Jururawat Terlatih di Malaysia yang berminat untuk sambung pengajian yang lebih tinggi di bawah tajaan biasiswa KKM boleh mohon program yang ditawarkan dan ikuti pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai program dan cara membuat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama Program: Program A.I.F Malaysa Nursing Scholarship
  • Program pengajian: Bachelor of Science (Nursing) – Sepenuh masa
  • Tempoh pengajian: 24 bulan mulai Februari 2022
  • Tempat pengajian: Curtin University School of Nursing, Australia
  • Tarikh tutup permohonan: 1 Julai 2021

SYARAT PERMOHONAN

Pemohon-pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  1. Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup tawaran
  2. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun sebagai Jururawat terlatih pada tarikh tutup tawaran
  3. Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia
  4. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup tawaran
  5. Mempunyai markah purata Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tidak kurang daripada 85% bagi tiga tahun terakhir (2018, 2019, 2020)
  6. Memenuhi salah satu dari syarat kompetensi Bahasa Inggeris untuk pengajian di Curtin School Of Nursing seperti berikut:
    – IELTS: Bank 70
    – PTE: 65
    – OET: 350 dalam setiap 4 komponen
    – TOEFL IBT: Jumlah skor 99 (1-24, R-24, N-27, s-23)
  7. Kos untuk menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris ditanggung oleh pemohon sendiri
  8. Bebas daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib
  9. Belum mempunyai kelayakan di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau sedang mengikuti kursus di peringkat Ijazah; dan
  10. Belum pernah menerima sebarang untuk penajaan daripada mana-mana badan penajaan

CARA MOHON

Calon perlu mengisi dan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

  • Borang permohonan KKM (BPL) LDP 2021 Pelaksana Tajaan Luar (E) dua salinan
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari Ketua Jabatan – dua salinan
  • Salinan sijil akademik dia salinan (dwibahasa) yang disahkan:
    i) Sijil/ Diploma Kejururawatan
    ii) Transkrip akademik Sijil/Diploma Kejururawatan; dan
    iii) Sijil Pendaftaran Pengamalan Lembaga Jururawat Malaysia
  • Senarai tugas pemohon (dwibahasa)
  • Satu salinan laporan penilaian prestasi bagi tiga tahun terakhir dan
  • Satu salinan buku perkhidmatan yang dikemaskini dan disahkan

Tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan adalah pada 1 Julai 2021. Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui KETUA JABATAN serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan adalah tidak akan diproses bagi tujuan pertimbangan.

Pemohon perlu menghantar dokumen yang dilengkapkan kepada:

  • Unit Latihan Dalam perkhidmatan 1
    Cawangan Operasi Latihan
    Bahagian Pengurusan Latihan, KKM
    Aras 6, No 26 Persiaran Perdana, Presint 3
    62675 Putrajaya

Klik butang di bawah untuk muat turun borang permohonan:

BORANG PERMOHONAN KKM (BPL) LDP 2021

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma