Daftar Kelas Digital SPM Yayasan Wilayah Persekutuan Percuma Untuk Calon SPM 2021
Tujuh inisiatif baharu di bawah Inisiatif Wilayah Cakna 5.0 telah diumumkan oleh YB Tan Sri TPr Annuar Bin Haji Musa, Menteri Wilayah Persekutuan dengan harapan dengan inisiatif dan bantuan yang diumumkan dapat membantu meringankan beban warga Wilayah Persekutuan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
Salah satu inisiati baharu di bawah Wilayah Cakna 5.0 yang disebutkan adalah tuisyen online percuma kepada 20,000 calon SPM 2021 di seluruh Wilayah Persekutuan mulai 1 Jun 2021. Kini calon SPM 2021 dah boleh buat pendaftaran untuk sertai kelas digital SPM yang ditawarkan secara percuma.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pendaftaran kelas digital SPM Yayasan Wilayah Persekutuan. Bolehlah manfaatkan peluang ini sebagai salah satu medium untuk ulang kaji pelajaran.
Isi Kandungan
TEMPOH PROGRAM KELAS DIGITAL SPM PERCUMA
Program kelas digital SPM percuma yang ditawarkan adalah berlangsung sepanjang tempoh berikut:
- 1 Jun 2021 sehingga tamat SPM 2021
LOKASI SEKOLAH YANG LAYAK
Tuisyen online percuma ditawarkan kepada 20,000 calon SPM 2021 yang bersekolah di:
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Putrajaya
- Labuan
CARA DAFTAR
Berikut adalah langkah-langkah membuat pendaftaran dan akses ke kelas digital SPM secara percuma:
- Layari laman web https://www.yayasanwp.org/kelasdigitalspmywp
- Klik butang Kelas Digital SPM YWP
- Masukkan Emel anda serta kata laluan yang telah ditetapkan
- Pilih kursus yang anda ingin pelajari
- Klik “Akses Kursus” untuk melihat video-video pembelajaran kelas digital SPM YWP
KAEDAH PELAKSANAAN
Untuk makluman anda, Kelas Digital SPM YWP ini akan merangkumi 10 subjek SPM (teras/ wajib lulus/ kritikal) iaitu mata pelajaran:
- Bahasa Malaysia,
- Bahasa Inggeris,
- Sejarah,
- Pendidikan Islam,
- Matematik,
- Sains,
- Fizik,
- Kimia,
- Biologi,
- Matematik Tambahan.
Kesemua kelas pembelajaran SPM secara digital ini telah direkodkan dalam “video on demand” yang membolehkan pelajar untuk mengaksesnya melalui semua jenis peranti dan berinteraksi dengan tutor melalui “live chat”.
Bagi menambahbaik kelancaran proses pembelajaran secara atas talian, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan juga membekalkan pemasangan Wi-Fi percuma di beberapa PPR dan PA.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Kelas Digital SPM YWP percuma, anda boleh terus ke https://www.yayasanwp.org/