Permohonan Skim Bantuan Makanan Kecemasan Pulau Pinang Fasa 1 Dibuka

Memahami masalah ramai orang yang terkesan dengan perintah kerajaan iaitu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau total lockdown, Zakat Pulau Pinang menyediakan Skim Bantuan Makanan Kecemasan PKP 3.0 kepada penduduk Pulau Pinang yang memerlukan.

Pemberian Skim Bantuan Makanan Kecemasan ini bertujuan untuk membantu golongan asnaf Fakir dan Miskin yang memerlukan bantuan segera dari sudut barangan makanan dan keperluan asas.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan yang ditawarkan dan cara membuat permohonan.

SYARAT ASAS KELAYAKAN

Berikut adalah syarat asas kelayakan memohon bantuan ini:

  • Beragama Islam.
  • Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.
  • Kategori Asnaf Fakir dan Miskin.
  • Tiada pendapatan atau berpendapatan tidak melebihi Had Al Kifayah
  • Pendapatan yang melebihi Had Al Kifayah boleh dipertimbangkan sekiranya pendapatan terjejas sepanjang tempoh PKP 3.0.

KETUA KELUARGA YANG PERLU MOHON

Permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga:

  • Berkahwin
    Ketua keluarga: Suami
  • Bercerai hidup/ mati
    Ketua Keluarga: Ibu tunggal
  • Suami bermasalah
    Ketua keluarga: Isteri

CARA MOHON

Keluarga yang layak memohon dan memerlukan bantuan yang ditawarkan boleh buat permohonan secara online melalui pautan berikut:

Proses kelulusan permohonan dan penghantaran bantuan akan dilaksanakan oleh Team Peduli Asnaf Zakat Pulau Pinang.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Team Peduli Asnaf Zakat Pulau Pinang melalui talian berikut:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma