Apa Itu Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) PTD?

Pernah dengar Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN? Bagi calon yang pernah mohon jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 mungkin sudah terbiasa dengar berkenaan program ini, tetapi pasti tidak ramai yang ambil tahu apa itu program Program Diploma Pascasiswa Pengurusan Awam (DPA) yang sebenarnya.

Secara umumnya, Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN adalah kursus pra-perkhidmatan selama 10 bulan yang perlu dilalui oleh calon Pegawai Tadbir Diplomatik sebelum mendapat pelantikan ke dalam skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut apa itu Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN

Apa Itu Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN

Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN merupakan kursus pra-perkhidmatan yang dibangunkan secara komprehensif selama 10 bulan bagi tujuan pelantikan ke dalam skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Program DPA INTAN telah mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berkuat kuasa pada 30 Disember 2015.

Program ini menekankan konsep pembangunan professional dan pembinaan sahsiah. Program juga adalah berlandaskan lima elemen utama iaitu:

  • Attitude (Sikap),
  • Skills (Kemahiran),
  • Knowledge (Pengetahuan),
  • Adaptability (Kebolehsesuaian) dan
  • Resilience (Daya Tahan).

Bahagian Utama Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam

Program ini mempunyai dua bahagian utama, iaitu meliputi:

Bahagian 1 (Kurikulum)

Komponen Akademik (Teori dan Praktikal)

  • Pengurusan Kewangan Awam
  • Kepimpinan dan Pengurusan Strategik
  • Pentadbiran Kerajaan dan Pengurusan Dasar Awam
  • Pengurusan Keselamatan dan Hubungan Antarabangsa
  • Pengurusan Sosial dan Infrastruktur
  • English Proficiency for Public Sector Executive
  • Pengurusan Sumber Manusia dan Integriti
  • Pengurusan Ekonomi Awam
  • Metodologi Penyelidikan
  • Pengurusan Inovasi dan Teknologi Maklumat

Komponen Integrasi Nasional dan Pengukuhan Diri

  • Strategic Partnership Programme (SPP)
  • Strategic Engagement Programme (SEP)
  • Inisiatif Transformasi Desa (INTRADE)
  • Pengurusan Bencana (BOMBA)
  • Pengurusan Ketenteraman Awam (POLIS)
  • Orientasi Pertahanan Negara (TENTERA)
  • Outward Bound School (OBS)

Komponen Kepimpinan dan Kemahiran Interpersonal

  • Modul Orientasi Pengurusan Pejabat (OPPA 1.0 & OPPA 2.0)
  • Group Integration (GI)
  • Innovation Ambassador Development Programme (IADP)
  • Modul Pengurusan Majlis (MPM)
  • Minggu Sintesis

Bahagian 2: Aktiviti Ko-kurikulum

  • Aktiviti sukan
  • Aktiviti integrasi kumpulan
  • Aktiviti-aktiviti luar
  • Perbincangan wacana minda
  • 8 biro profesional peserta

Apa Itu Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) PTD?

Bagaimana Mohon Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA)

Jadi, macam mana nak mohon Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA)? Untuk makluman anda, Program Diploma Pascasiswa Pengurusan Awam (DPA) tidak boleh dimohon secara terus. Calon yang ingin ikuti program DPA dan mendapat pelantikan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik mestilah melepasi beberapa tapisan terlebih dahulu sebelum dapat ikuti program DPA.

Berikut adalah tapisan yang perlu dilalui untuk mohon dan ikuti program DPA:

  1. Tapisan 1
    Mohon jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)
    melalui sistem SPA9
    – Rujuk: Cara Mohon Jawatan PTD
  2. Tapisan 2
    Bila dah mohon, calon yang melepasi syarat akan mendapat panggilan untuk Peperiksaan Online
  3. Tapisan 3
    Calon yang LULUS peperiksaan online akan dipanggil mengikuti Program Assessment Centre (PAC)
  4. Tapisan 4
    Setelah dinilai, hanya calon yang melepasi PAC sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga
  5. Tapisan 5
    Calon yang lulus temuduga akan dipanggil untuk ikuti Program DPA

Rujuk: Perjalanan & Tapisan Untuk Menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Yang Perlu Calon Tahu

Hala Tuju Calon Lepasan Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA)

Bila calon dah melepasi beberapa tapisan yang disyaratkan, calon akan ikuti Program Diploma Pascasiszawah Pengurusan Awam (DPA) selama 10 bulan. Setelah tamat, calon akan mendapat pelantikan ke dalam skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Dah dapat pelantikan, apa yang perlu dilakukan? Ini bermaksud anda sudah bejaya menjadi seorang PTD! Anda sudah boleh berkhidmat sebagai PTD seperti yang diarahkan oleh pihak JPA.

Kesimpulannya, Program Diploma Pascasiszawah Pengurusan Awam (DPA) merupakan satu kursus yang WAJIB diambil oleh calon yang akan mendapat pelantikan sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik dan merupakan syarat utama pelantikan. Kursus ini adalah penting untuk melatih calon menjadi seorang PTD yang baik.

Chanel Telegram PTD

Untuk makluman, anda juga boleh join chanel khas Telegram PTD di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan peperiksaan PTD nanti.

Pihak kami juga akan keluarkan nota serta panduan lengkap dengan contoh soalan khas untuk peperiksaan PTD nanti. Anda boleh terus join chanel telegram di bawah.

TELEGRAM PTD

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma