Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •Cara Jadi Guru Tuisyen Online Di Malaysia 2026: Platform, Kadar Bayaran & Tips Jana Income Dari Rumah • Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •Cara Jadi Guru Tuisyen Online Di Malaysia 2026: Platform, Kadar Bayaran & Tips Jana Income Dari Rumah •

KKM Buka Penyertaan Sukarelawan Kesihatan Menangani Covid-19. Mohon Sekarang

Oleh Cikgu Shaari • May 27, 2021 • 2 min baca

KKM Buka Penyertaan Sukarelawan Kesihatan Menangani Covid-19. Mohon Sekarang
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru penglibatan orang ramai dalam SUKARELAWAN KESIHATAN untuk membantu KKM dalam menangani wabak Covid-19. Tenaga sukarelawan ini AMAT diperlukan bagi meringankan beban dipikul petugas-petugas kesihatan di seluruh negara.

Memandangkan kes harian di negara kita semakin meningkat, warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas adalah dipelawa untuk sertai  sukarelawan yang ditawarkan. Kepada sesiapa yang berminat, anda boleh buat permohonan sekarang.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penyertaan sukarelawan kesihatan KKM.

JAWATAN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai jawatan yang diperlukan dan boleh dimohon oleh orang ramai:

  • Pegawai Perubatan
  • Pegawai Pergigian
  • Penolong Pegawai Perubatan
  • Jururawat
  • Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Juruteknologi Makmal Perubatan

SYARAT PENYERTAAN

Syarat-syarat menyertai khidmat sukarelawan ini adalah:

  • Berusia di antara 18 hingga 60 tahun
  • Sihat dan cergas secara fizikal dan mental
  • Tidak mengandung bagi wanita
  • Telah mendapat kebenaran dari majikan bagi yang bekerja
  • Bukan anggota KKM
  • Sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan
  • Tiada sejarah kontrak rapat dengan ke Covid-19 dalam masa 14 hari
Nota: Untuk makluman, KKM tidak menyediakan pengangkutan, penginapan, makanan ataupun elaun/ gaji bagi sukarelawan. Segala kos sepanjang khidmat sukarelawan ditanggung sendiri.

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat untuk menjadi sukarelawan kesihatan berkhidmat dengan KKM dan memenuhi syarat penyertaan di atas, anda boleh buat permohonan dengan lengkapkan borang di pautan berikut:

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan penyertaan sukarelawan ini, anda boleh terus email ke alamat berikut:

  • Email: mobalisasi19@gmail.com

KKM Buka Penyertaan Sukarelawan Kesihatan Menangani Covid-19. Mohon Sekarang

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.