4 Saluran Baharu Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Secara Online Dengan Lebih Mudah 

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan saluran baharu bagi bayaran balik pinjaman PTPTN dan penabungan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) secara dalam talian (online). Empat (4) saluran tersebut ialah Shopee, kiplePay, BESTPay dan KelantanPAY hasil kerjasama strategik PTPTN dengan penyedia saluran terlibat.

Menerusi kolaborasi ini, kemudahan saluran bayaran online ini adalah bertepatan dengan gaya hidup norma baharu yang menggalakkan masyarakat menggunakan teknologi di hujung jari dalam usaha mengurangkan rantaian Covid-19.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan saluran baharu bayaran balik PTPTN.

MATLAMAT SALURAN BAHARU BAYARAN BALIK PTPTN

4 saluran baharu bayaran balik pinjaman PTPTN telah diperkenalkan dengan tujuan untuk:

  • Membantu masyarakat menunaikan tanggungjawab mereka sebagai peminjam dan dapat menyimpan dalam SSPN secara konsisten tanpa perlu keluar rumah untuk ke kaunter PTPTN
  • Pendekatan bayaran secara dalam talian ini juga sebagaian usaha ke arah pendigital PTPTN secara menyeluruh bagi penyampaian perkhidmatan dalam talian hujung ke hujung (end to end)

4 SALURAN BAHARU YANG DIPERKENALKAN

Berikut adalah 4 saluran baharu pembayaran balik pinjaman PTPTN yang telah diperkenalkan:

  1. Shopee
  2. KiplePay
  3. BESTPay
  4. KelantanPAY

Kerjasama strategik PTPTN dengan empat penyedia saluran bayaran secara dalam talian itu bertepatan dengan gaya hidup norma baharu yang menggalakkan masyarakat menggunakan teknologi di hujung jari.

Secara tidak langsung ia juga dapat membantu mengurangkan rantaian Covid-19 kerana kaedah bayaran secara dalam talian adalah salah satu cara yang terbaik ketika ini.

KEMPEN CLICK, PAY & EARN

PTPTN bersama empat saluran itu turut mengadakan kempen ‘Click, Pay & Earn’ yang ditawarkan istimewa kepada semua pelanggannya sepanjang tempoh berikut:

  • 25 Mei 2021 hingga 24 Jun 2021

“Dengan konsep ‘siapa cepat dia dapat’, pengguna terawal menggunakan saluran ini dalam tempoh hingga 24 Jun berpeluang mendapat pulangan menarik ditawarkan.

  • Shopee
    Pulangan tunai 2,500 syiling bagi deposit minimum RM100 untuk bayaran atau deposit
  • KiplePay
    Menawarkan pulangan tunai RM20 bagi pembayaran minimum RM300 yang dikhususkan untuk 500 pelanggan terawal dalam tempoh promosi
  • BESTPay
    Menawarkan ganjaran RM20 bagi 500 pelanggan terawal dan RM10 untuk 200 pelanggan berikutnya bagi setiap pembayaran atai deposit serendah RM20
  • KelantanPAY
    Menawarkan pulangan tunai RM10 untuk 100 pelanggan awal yang membuat pembayaran minimum RM100 dan RM5 untuk 100 pelanggan berikutnya dalam tempoh promosi ini.

Sebagai agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, PTPTN sentiasa peka dengan kehendak pelanggan PTPTN. Saluran baharu yang dilancarkan ini telah boleh digunakan oleh pelanggan PTPTN dengan mudah, cepat dan selamat.

PTPTN berharap dengan adanya penambahan saluran bayaran secara online dan kempen yang dianjurkan akan menjadi pemudah cara dan menggalakkan pelanggan membuat bayaran balik pinjaman dan penabungan SSPN sekaligus dapat memperkasakan perkhidmatan PTPTN kepada masyarakat.

Oleh itu, rebutlah peluang menyertai Kempen ‘Click, Pay & Earn’ . Jadilah antara pengguna terawal menggunakan keempat-empat saluran ini untuk mendapatkan pulangan menarik yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman www.ptptn.gov.my/

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma