Pemakaian “Double Mask” Lebih Berkesan Elak Virus, Ini Cara Pemakaian Yang Betul

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan pemakaian pelitup muka berganda (double face mask) yang telah diamalkan oleh doktor-doktor di Malaysia dan Ketua Pengarah Kesihatan sendiri, iaitu Tun Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Tular juga beberapa gambar Ketua Pengarah Kesihatan itu juga mengamalkan pemakaian “double face mask”.

Kenapa perlu pakai face mask sampai 2 lapis, adakah satu tidak mencukupi? Pasti persoalan itu mula bermain di fikiran ramai orang. Dalam sebuah sidang media, beliau mengesahkan sendiri pemakaiannya serta keberkesanannya.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut berkenaan pemakaian “double face mask”.

KEBERKESANAN “DOUBLE FACE MASK”

Dalam ciapan di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan pemakaian “double face mask” terutamanya di kawasan berisiko dan kawasan yang sesak untuk perlindungan yang maksima.

Pemakaian "Double Mask" Lebih Berkesan Elak Virus, Ini Cara Pemakaian Yang Betul

“Pemakaian “double face mask” lebih berkesan iaitu dapat menapis lebih 95% virus terutama di tempat awam yang berisiko tinggi contohnya hospital”

cara pakai double mask

KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAKAN DOUBLE FACE MASK

Kajian CDC menunjukkan pemakaian pelitup muka berganda (pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan) dapat mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus Covid-19.

cara pakai double mask

2 KAEDAH MENINGKATKAN KEBERKESANAN FUNGSI FACE MASK

Berikut adalah antara kaedah meningkatkan keberkesanan fungsi pelitup muka yang boleh diamalkan bagi tahap pertahanan yang lebih maksima.

1) Knot & Tuck

Kaedah ini dilakukan dengan mengikat dan memperkemas pelitup muka agar rapat dengan muka dan tiada ruang udara. Kaedah ini hanya menggunakan satu face mask. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu ikat bahagian kiri dan kanan pelitup muka agar liang-liang udara dihalang daripada memasuki bahagian hidung dan mulut.

Kaedah ini dapat memberi perlindungan 77% berbanding pemakaian face mask 3-ply yang biasa iaitu 56.1%.

cara pakai double mask

2) Pemakaian Double Face Mask

Kaedah kedua adalah memakai 2 lapisan pelitup muka, iaitu menggunakan pelitup muka perubatan dan diikuti dengan pelitup muka kain. Pelitup muka 2 lapisan dapat memberi perlindungan 85.4% berbanding kaedah biasa.

cara pakai double mask

Ini bermaksud, pemakaian double face mask adalah kaedah perlindungan yang paling maksimum boleh kita gunakan. Kita digalakkan untuk menjaga diri masing-masing dan mengamalkan segala kaedah yang diasarankan untuk mengelakkan diri dari terkena jangkitan Covid-19.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma