Cara Mohon Skim Bantuan Deposit Sewa Rumah & Sewa Rumah Bulanan MAIWP
Pendapatan terjejas? Komitmen bulanan melebihi pendapatan? Anda memerlukan rumah yang lebih selesai untuk menempatkan tanggungan yang ramai? Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sedia membantu anda yang mengalami kesusahan.
Skim Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan disediakan oleh MAIWP bagi membantu asnaf di Wilayah Persekutuan yang mengalami kesusahan untuk membuat bayaran deposit sewa rumah dan sewa rumah bulanan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan yang ditawarkan.
Isi Kandungan
NEGERI DI BAWAH MAIWP YANG LAYAK MOHON
Negeri-negeri di bawah MAIWP adalah terdiri daripada:
- Kuala Lumpur
- Putrajaya
- Labuan
SYARAT PERMOHONAN
Antara syarat permohonan yang ditetapkan adalah:
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Pendapatan tertakluk kepada pengiraan had al-kifayah
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Sila pastikan semua keperluan dan dokumen yang dikehendaki adalah lengkap seperti berikut:
- Satu keping gambar berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
- Satu salinan kad pengenalan pemohon.
- Satu salinan kad pengenalan suami , isteri dan tanggungan / surat pengangkatan JPN / akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja)
- Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri / surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja)
- Satu salinan surat perakuan nikah / surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas.*
- Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.*
- Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.*
- Satu salinan kad memeluk Islam.*
- Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon / tanggungan.*
- Surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja.*
- Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar bagi pemohon / tanggungan yang sedang belajar di IPT.*
- Satu salinan cukai pintu / bil utiliti.
- Satu salinan surat tawaran menyewa rumah dari agensi berkaitan (contoh: DBKL, Perbadanan Labuan, Perbadanan Putrajaya dan lain-lain)
- Satu salinan kad pengenalan pemilik rumah (permohonan individu)
- Satu salinan surat perjanjian sewaan / surat akuan sumpah (permohonan individu)
- Satu salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun bank yang menunjukkan maklumat pemilik rumah dan transaksi terakhir / terkini (kecuali Tabung Haji, ASB, Bank ar-Rajhi dan Bank Agro (WP Labuan sahaja)
CARA MOHON
Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan bantuan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan dengan menyediakan semua dokumen yang dinyatakan di atas dan dihantar bersama borang permohonan berikut:
BORANG PERMOHONAN BANTUAN MAIWP
Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen sokongan mestilah dihantar ke kaunter cawangan MAIWP berdekatan. Semak senarai cawangan MAIWP DI SINI.