Pendaftaran Vaksin AstraZeneca 2.0 Dibuka Pada 26 Mei Untuk Orang Ramai

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin telah memaklumkan pendaftaran janji temu imunisasi Covid-19 bagi program vaksin AstraZeneca Fasa 2 telah dibuka sebelum ini kepada warga Emas. Pendaftaran janji temu ini akan beri keutamaan kepada kira-kira 25,000 pendaftar program vaksin AstraZeneca Fasa 1 yang berada dalam senarai menunggu dan warga emas.

Ada berita baik buat orang ramai yang ingin mendaftar vaksin AstraZeneca tetapi tidak berkesempatan sebelum ini! Pendaftaran Vaksin AstraZeneca 2.0 akan dibuka lagi buat orang ramai yang berumur DI BAWAH 60 tahun pada 26 Mei nanti.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pendaftaran fasa kedua vaksin AstraZeneca.

TERBUKA UNTUK ORANG RAMAI

Pendaftaran Vaksin AstraZeneca terbuka untuk ORANG RAMAI BERUMUR  60 TAHUN KE BAWAH di negeri yang kini sedang berlaku peningkatan kes iaitu:

  • Selangor
  • Kuala Lumpur
  • Pulau Pinang
  • Sarawak
  • Johor

TEMPOH PENDAFTARAN

Pusingan kedua tempahan pengambilan vaksin AstraZeneca secara sukarela akan dibuka bermula:

  • 26 Mei 2021, Rabu (Bermula jam 12 tengah hari)

CARA DAFTAR VAKSIN ASTRAZENECA

Orang ramai yang berminat untuk dapatkan vaksin AstraZeneca boleh buat pendaftaran pada tarikh yang ditetapkan melalui:

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma