Skim Pembiayaan PEMERKASA Belia: Cara Mohon Pembiayaan RM50,000 Untuk Usahawan Belia
Prihatin dengan situasi yang mencabar ini, kerajaan berstuju untuk menyediakan dana tambahan sebanyak 500 juta ringgit dalam pakej PEMERKASA bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit melalui program-program di bawah BSN, TEKUN, MARA dan SME Corp.
BSN Mikro PEMERKASA BELIA adalah satu inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Eknomi (PEMERKASA) yang menawarkan kemudahan pinjaman mikro yang memberi bantuan dan menyokong pemulihan perniagaan mikro.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan BSN Mikro PEMERKASA BELIA.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PEMBIAYAAN
BSN Micro PEMERKASA menyediakan pembiayaan seperti berikut:
- Amaun pinjaman: Sehingga RM50,000
- Tujuan Pinjaman: Modal Kerja & Pembelian Aset
- Tempoh Pinjaman: Sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulanan.
- Kadar: 3% setahun
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan BSN Micro PEMERKASA dibuka untuk PKS yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19.
- Dimiliki oleh Warganegara Malaysia.
- Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan untuk buat permohonan pembiayaan BSN Micro PEMERKASA:
- Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen
- Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah/
- Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan)
- Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini
- Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank
CARA MOHON
PKS yang memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan pembiayaan yang ditawarkan boleh mohon sekarang dengan ikut langkah berikut:
- Pergi ke laman https://www.bsn.com.my/BusinessBanking/Products/pemerkasa-belia
- Baca semua maklumat di laman tersebut dan klik MOHON SEKARANG
- Isi maklumat diminta sehingga selesai
Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan pembiayaan yang ditawarkan, anda boleh terus ke cawangan BSN terdekat.