Cara Yang Betul Simpan Lemang Agar Tahan Lebih Lama
Bila hampir tiba Hari Raya Aidilfitri, pasti ramai yang sudah tercari-cari di mana jual lemang kan? Selain ketupat, lemang juga adalah salah satu juadah wajib yang ada di atas meja di pagi raya. Keenakan dan rasa lemaknya pasti lazat dimakan bersama rendang!
Memandangkan sambutan hari raya tahun ini agar berbeza, ayuh kita hidupkan suasana meriah berhari rumah di rumah masing-masing dengan sediakah juadah hari raya yang sempurna! Namun ramai yang tahu beli, tetapi tak tahu macam mana nak simpan lemang dengan betul agar tahan lama kerana lemang adalah sejenis makanan yang cepat basi.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara yang betul simpan lemang agar tahan lebih lama.
Isi Kandungan
CARA POTONG LEMANG TANPA PARANG
Sebelum dimakan, biasanya orang akan potong lemang dengan menggunakan parang. Tetapi tak ramai yang ada kemahiran guna parang tambah-tambah orang bandar. Sebenarnya anda boleh potong lemang dengan lebih selamat tanpa parang, ikut cara di bawah:
- Alaskan buluh lemang di atas kain
- Dengan menggunakan batu lesung, ketuk bahagian atas buluh lemang, kira-kira 2 inci daripada ‘mulut’ buluh.
- Ketuk sehingga lemang tersebut terbelah
- Dengan menggunakan batu lesung yang sama, ketuk pula bahagian bawah buluh lemang untuk memudahkan proses pembukaan nanti
- Dengan menggunakan kain ataupun memakai sarung tangan, kopak buluh lemang sehingga ia terbuka.
CARA SIMPAN LEMANG AGAR TAHAN LAMA
Berikut adalah cara simpan lemang yang betul agar tahan lebih lama:
- Buka sedikit lemang yang baru dibeli di bahagian ‘mulut’ lemang dan biarkan wap panas keluar
- Bila semua wap dah keluar, anda boleh potong mengikut kesesuaian
- Biarkan sejuk sehingga suhu bilik sebelum disimpan di dalam bekas tertutup
- Lemang yang sudah ditutup boleh disimpan di dalam peti sejuk atau biarkan di bawah tudung saji
- Bila nak simpan dan makan hari-hair berikutnya, anda boleh simpan di bahagian freezer untuk ketahanan lemang yang lebih lama.
- Bila nak makan, keluarkan dari freezer dan kukus sahaja
Jika anda rasa tidak mahu lemang anda keras dan hilang rasa, anda juga boleh cuba petua orang tua-tua iaitu:
- Terbalikkan buluh lemang ke bawah dan diletakkan di atas sebuah bekas kecil.
Dengan cara ini, segala pati-pati santan yang belum masak akan mengalir ke bawah dan tidak merosakkan lemang dengan cepat.
Mudah kan? Selamat mencuba!