RAKYATpreneur 2.0 Bank Rakyat: Tawaran Dana & Latihan Perniagaan Buat Usahawan Asnaf
RAKYATpreneur 2.0 adalah kesimambungan kepada program RAKYATpreneur 1.0 yang telah dilancarkan pada September 2020 yang berjaya meningkatkan hasil jualan perniagaan 20 usahawan sehingga 30% kurang daripada enam bulan.
Program ini ditawarkan oleh Bank Rakyat Malaysia Berhad khas untuk usahawan asnaf di Malaysia yang berminat untuk mendapatkan suntikan dana serta latihan keusahawanan dan pemantauan berterusan bagi membangunkan perniagaan mereka. Usahawan asnaf yang berpotensi tinggi adalah dipelawa untuk mohon.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut cara mohon dana usahawan melalui RAKYATpreneur 2.0.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Usahawan yang berminat boleh buat permohonan sepanjang tempoh berikut:
- 1 Mei hingga 31 Mei 2021
MANFAAT PROGRAM RAKYATpreneur
Usahawan yang menyertai program RAKYATpreneur akan mendapat manfaat dan kelebihan seperti berikut:
- Dapat meningkatkan prestasi perniagaan dengan suntikan dana
- Mendapat pengetahuan tentang perniagaan dari pelbagai aspek berpeluang untuk mohon pelbagai projek pembiayaan di Bank Rakyat
- Menyediakan peluang pekerjaan dalam pasaran
KATEGORI PERNIAGAAN
Usahawan dalam kategori perniagaan berikut adalah dipelawa untuk mohon:
- Makanan dan minuman
- Pertanian
- Kedai runcit
- Jahitan
- Kraftangan
- Kedai gunting rambut
- Percetakan
- Bengkel kenderaan
- Lain-lain
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan dibuka kepada usahawan yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Terbuka kepada semua usahawan asnaf warganegara Malaysia.
- Usahawan tersebut adalah beragama Islam.
- Usahawan adalah berstatus asnaf.
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Mempunyai perniagaan sendiri dan telah beroperasi minimum 6 bulan dengan pendapatan perniagaan purata bulanan antara RM1,000 hingga RM8,000.
- Jenis perniagaan/produk dan perkhidmatan yang ditawarkan usahawan adalah patuh syariah.
- Usahawan tidak mempunyai mana-mana pembiayaan daripada institusi kewangan.
- Usahawan tiada rekod jenayah.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dihantar bersama borang permohonan:
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan bil utiliti (air/elektrik) selama 3 bulan.
- Gambar premis/produk.
- Perakuan asnaf oleh Pusat Zakat/Majlis Agama Negeri/Pegawai Hal Ehwal Agama Islam/Imam berjawatan S29 dan ke atas.
CARA MEMOHON
Usahawan yang berminat boleh dapatkan dana dan latihan melalui RAKYATpreneur dengan membuat permohonan. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan. Borang permohonan boleh dimuat turun di bawah:
borang permohonan rakyatpreneur 2.0
Borang permohonan mestilah diisi dengan lengkap dan betul dan dilampirkan bersama dokumen sokongan. Hantarkan borang permohonan beserta dokumen ke cawangan Bank Rakyat yang berdekatan.
Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon mulai 15 Julai 2021 (tertakluk pindaan). Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan program RAKYATpreneur 2.0, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian berikut:
- Tel: 1 300 80 5454
- Laman web: www.bankrakyat.com.my
- Kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan