MARAeps: Kemudahan Bayaran Pinjaman MARA & Semakan Baki Secara Online

MARAeps adalah gerbang bayaran elektronik yang membolehkan semua bayaran fasiliti kemudahan MARA dapat dilaksanakan secara atas talian. Kemudahan yang disediakan oleh MARA ini akan memberi manfaat kepada semua peminjam MARA. Tanpa perlu ke kaunter, baki/nilai akaun berkaitan Majlis Amanah Rakyat anda dihujung jari. Lakukan pembayaran dengan mudah, cepat dan selamat.

Anda perlu mendaftarkan diri sebagai pengguna terlebih dahulu sebelum menggunakan MARAeps di laman yang ditetapkan. Direka dengan penuh dedikasi, mesra pengguna dengan pautan grafik dan paparan yang menarik untuk meningkatkan lagi prestasi dan pengalaman pengguna.

Ikuti perkongsian di bawha untuk maklumat lanjut kemudahan MARAeps dan cara daftar sebagai pengguna.

KEMUDAHAN APLIKASI MARAEPS

Antara kemudahan yang disediakan kepada pengguna yang daftar MARAeps adalah:

  • Menyemak akaun anda
  • Melakukan transaksi pada bila bila masa di mana jua anda berada.
  • Anda juga boleh melakukan pembayaran penting seperti yuran pengajian, program usahawan dan fasiliti kakitangan sekelip mata.

BAYARAN AKAUN MARA

Membuat bayaran dan semakan akaun-akaun MARA anda seperti:

  • Akaun pinjaman pelajaran MARA
  • Akaun pembiayaan perniagaan MARA
  • Akaun sewa premis MARA
  • Akaun Jaminan

YURAN & FI

Bayaran yuran dan fi melalui aplikasi MARAeps adalah melibatkan:

  • Bayaran yuran kursus/seminar/program
  • Bayaran yuran MRSM, IKM/KKTM/KPM/KM/MJII
  • Bayaran kemudahan kakitangan MARA
  • Bayaran lain-lain perkhidmatan dan fasiliti MARA

LANGKAH PEMBAYARAN MELALUI MARAeps

Berikut adalah 6 langkah membuat pembayaran melalui MARAeps:

  1. Layari laman sesawang www.bayar.maraeps.my ATAU muat turun aplikasi MARAeps melalui Google Play & App Store
  2. Klik DAFTAR BARU & SEMAK EMAIL bagi pengaktifan sistem pembayaran
  3. Masukkan nama pengguna dan kata laluan yang didaftarkan
  4. Pilih jenis transaksi bayaran klik ‘FPX’ atau kad bayaran lain seperti visa/ mastercard/amex/mydebit
  5. Masukkan jumlah bayaran dan klik ‘TERUSKAN’
  6. Daftar masuk perbankan internet, buat pembayaran dan cetak resit anda

Penggunaan aplikasi ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh MARA. Dengan mendaftar masuk, anda bersetuju dengan Terma dan Syarat yang ditetapkan oleh MARA. MARA berhak menukar Terma dan Syarat tersebut mengikut kehendak dan keperluan MARA.

Untuk sebarang pertanyaan dan aduan berkaitan MARAeps, anda boleh hubungi talian berikut:

  • 03 27711271
  • 03 27711272
  • 03 27790705

MARAeps: Kemudahan Bayaran Pinjaman MARA & Semakan Baki Secara Online

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma